Pengasas Gerakan Integrasi Belia (GIB), Syed Mohd Khusyairi Syed Yaacob berkata, pendedahan dan kebebasan anak-anak terhadap penggunaan gajet teknologi juga perlu dibataskan untuk mengelakkan penyalahgunaannya terhadap perkara negatif.
Menurutnya, dahulu pengunaan telefon bimbit tidak seperti hari ini dan kini ia banyak disalah gunakan oleh anak- anak untuk mengetahui pelbagai perkara yang tidak sesuai dengan usia mereka.
“Jika dahulu penggunaan telefon bimbit dikatakan untuk mengawasi keselamatan anak-anak dan penggunaanya didakwa atas alasan keselamatan tetapi kini saya rasa ia telah bertentangan.
“Ramai remaja kini yang menggunakan telefon bimbit tetapi terlibat dengan perkara negatif. Mereka menggunakan telefon bimbit untuk berpacaran walaupun masih di bangku sekolah. Sehingga terdapat seketika dahulu didedahkan kes remaja menyerah diri kepada lelaki untuk mendapatkan kredit telefon apabila enggan diberikan oleh ibu bapa mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, ibu bapa tidak perlu memberikan kepercayaan penuh kepada anak-anak kerana bimbang mereka akan terpengaruh dengan pelbagai gejala negatif di luar sana.
“Saya rasa anak-anak tidak perlu diberikan penggunaan telefon bimbit ketika di bangku sekolah kerana kita generasi terdahulu pun masih selamat tanpa telefon bimbit. Tetapi hari ini saya rasa ia semakin tidak selamat kerana mereka lebih mudah berinteraksi dengan rakan atau teman lelaki dan mudah membuat janji temu tanpa pengetahuan ibu bapa.
“Ia seterusnya akan menjejaskan pemikiran yang seharusnya ditumpukan kepada alam persekolahan sahaja dan bukan terlibat dengan pelbagai gejala tidak sihat yang semakin hari semakin banyak melibatkan remaja bawah umur,” katanya.
TJ:Berita dari kampungku ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan