Aku menulis mengikut normaku selagi jemari ini lincah bermain di atas kekunci tiada yang boleh menghalang...
Jumaat, Januari 29, 2010
TAHNIAH RAKYAT KELANTAN
Khamis, Januari 28, 2010
Buat renungan
Isnin, Januari 25, 2010
Jumaat, Januari 22, 2010
Tazkirah Jumaat


Hadith
Tajuk : |
Dua Perkara Yang Mendatangkan Azab |
Hadith : |
Ibnu Abbas menceritakan :”Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah SAW :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.” Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah. Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?” Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.” (Bukhari) |
Huraian
Sebagai seorang Muslim, aspek kebersihan hendaklah dititik beratkan termasuklah perkara-perkara asas seperti qadha’ hajat (buang air kecil atau besar). Islam selaku agama yang sempurna telah menyediakan tata tertib yang sepatutnya untuk diikuti demi menjamin kesihatan umatnya. Demikian juga dengan bersuci di mana tabiat tidak bersuci sesudah kencing oleh sesetengah orang yang dianggap perkara biasa sebenarnya mendatangkan azab yang amat besar di akhirat kelak sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atas kerana membuang air tanpa bersuci atau membuang air di tempat-tempat terbuka (di tepi-tepi jalan tanpa bersuci) dilarang oleh Islam kerana ia mencerminkan adab yang kurang sopan selain mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan penyakit.
Tajuk : |
Luasnya Syurga! |
Hadith : |
Dari Sahal bin Saad r.a dari Rasulullah s.a.w sabdanya:”Di dalam syurga terdapat sebatang pokok yang naungannya tidak terlewat (tidak terlepas dilalui di bawahnya) oleh seorang pengendara selama seratus tahun.” (Muslim) |
Huraian
Allah berfirman yang maksudnya:"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa" (ali-Imraan:133) Sememangnya syurga itu sungguh luas dan setiap menuasia menginginkan syurga di akhirat. Syurga, di dalam al-Quran, disebut Jannah. Penghuninya adalah orang-orang yang bertaqwa . Maka alangkah bahagianya sekiranya kita dapat membimbing diri kita, anak-anak dan isteri kepada cara hidup yang diredhai Allah sehinggakan semuanya terselamat daripada api neraka. Bahkan sebuah keluarga yang bertakwa itu bukan sahaja akan bersama-sama mengecap kebahagiaan di dunia tetapi di akhirat juga mereka akan berkumpul lagi untuk kehidupan yang selama-lamanya. Firman Allah S.W.T yang maksudnya:”...syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu.” (ar’Ra’d: 23)
Tajuk : |
Bukan Salah Ibu Mengandung ! |
Hadith : |
Dari jabir r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:”Perumpamaanku dengan kamu sekelian ialah bagaikan seorang yang menyalakan api. Maka serangga-serangga berterbangan menjatuhkan diri ke dalam api itu. Padahal orang tersebut telah berusaha menghalaunya. Dan aku telah mencegah kamu semua agar tidak jatuh ke dalam api tetapi kamu meloloskan (melepaskan) diri dari tanganku.” (Muslim) |
Huraian
Rasulullah s.a.w telah ditugaskan membawa petunjuk daripada Allah S.W.T dan kita selaku umatnya hendaklah menurut segala ajaran yang telah disampaikan itu kerana itulah satu-satunya jaminan kita akan terlepas daripada azab Allah di akhirat kelak dan juga mendapat keselamatan hidup di dunia. Sesungguhnya tiada jaminan yang lebih besar selain daripada mendapat perlindungan daripada Allah yang Maha Berkuasa. Meskipun dikatakan bahawa manusia itu tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa namun tentu ada caranya agar kita tidak terus bergelumang dengan perkara-perkara tersebut iaitu dengan sesegera mungkin kembali kepada kebenaran dan meninggalkan kebiasaan buruk sebelumnya. disertai dengan meminta keampunan dari Allah dan bertaubat. Oleh itu setiap manusia itu wajib menggunakan akal fikirannya untuk menilai manakah yang baik dan manakah yang buruk dan sentiasa memohon hidayah daripada-Nya agar ditetapkan hati dan jiwa mereka di atas jalan kebenaran kerana hidayah itu hanya akan singgah pada hati yang sentiasa mencarinya.
Khamis, Januari 21, 2010
Kelebihan Berdiam

Bismillahirrahmanir rahiim ...
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib
Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud: "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya"
(Riwayat Abu Naim)
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)
"Barangsiapa diam maka ia terlepas
dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)
BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK
DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.
KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat... "
Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu ...
kerna senyum itu adalah satu sedekah ..Insya'Allah
Rabu, Januari 20, 2010
HIMPUNAN BERSAMA MENTERI BESAR KELANTAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu, kami menjemput tuan/puan hadir ke Himpunan Bersama Menteri Besar Kelantan sebagaimana maklumat berikut;
Tarikh: 30 Jan 2010
Masa: 9:00 mlm.
Tempat: Dewan Serbaguna AU2 Keramat (berdekatan dengan JUSCO Setiawangsa).
Tema pakaian: Warna MERAH,.
3. Sebarang pertanyaan sila hubungi perakan malaysia 0123195435 .
4. Besarlah harapan kami sekiranya tuan dapat hadir bersama dan menyebarkan mesej ini kepada saudara mara dan rakan-rakan melalui Mulut ke Mulut, Sms, Forum, Email, Facebook, Yahoo Messenger, Google Talk dan lain lain lagi.
Sekian, terimakasih.
Webmaster Perakan Malaysia
TJ :Mari pakat G ramai2 ore KELATE..
Mutiara Kata TJ

Hidayah bukan untuk ditunggu tetapi dicari.
Dunia adalah penjara bagi orang Muslim dan Syurga bagi orang Kafir.
Mujahadah (menahan diri dari membuat dosa dan maksiat) itu pahit kerana syurga itu manis.
Allah tidak melihat akan kecantikan atau kekayaan seseorang hamba-Nya tetapi melihat siapakah dikalangan hamba-Nya yang paling bertakwa kepada-Nya.
Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian

Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian
a) 100 hari :
Seluruh badan rasa bergegar.
b) 60 hari :
Pusat rasa bergerak-gerak.
c) 40 hari :
Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan
jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang
dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat
kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu
akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut
tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
d) 7 hari :
Mengidam makanan.
e) 5 hari :
Anak lidah bergerak-gerak.
f) 3 hari :
Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
g) 2 hari :
Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
h) 1 hari :
Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu
subuh and asar.
i) Saat akhir :
Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang
solbi (di bahagian belakang badan)
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir
sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi
bercakap-cakap.
******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan
masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang
kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya
melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat
yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai
ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi
satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang
lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang
dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka
malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang
disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang
beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa
kepada
orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah
kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus
pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail
A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang
yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan
dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang
disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya
apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T.
menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah
malaikat maut.
Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin
itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut
orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui
jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan
lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka
dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan
apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah
S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang
mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari
arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala
anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini
telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala
anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba
pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga
gagal melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini
sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat
dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan
menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin
dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah
telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka
telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga
ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin
dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri
mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini
sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan
mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah
S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan
tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka
malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah
S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada
Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan
tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi
setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar
R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di
syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di
udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di
gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka
Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari
Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok
manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita
bersama.
Wassallam.
p/s: Kalau rajin.Tolong sebarkan kisah ini kepada
saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah
salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Jumaat, Januari 15, 2010
Hanya di negeriku KELANTAN
Bila raja menjadi imam, rakyat gembira tumpang berteduh
15 Jan 2010 12:42PMDUA peristiwa yang berlaku di Kelantan, petang semalam dan sebelah malamnya cukup bermakna dan penuh erti yang harus difahami oleh semua pihak. Peristiwa itu, sambutan ribuan rakyat Kelantan keberangkatan pulang Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra.
Kehadiran lebih 5,000 rakyat, pegawai kerajaan negeri dan pemimpin politik menyebabkan lapangan terbangan Sultan Ismail Pengkalan Chepa penuh sesak melambangkan sokongan dan kasih rakyat kepada Tengku Faris sebagai Pemangku Raja tidak berbelah bagi dan begitu besar sekali.
Dari laporan dan wakil tidak rasmi penjenguk blog ini memberi tahu, semua pegawai tinggi kerajaan dan pemimpin politik hadir.
Ia juga termasuk dari Umno kecuali, Mustapa Mohamed, Awang Adek Hussein dan Norzaidi Omar. Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaacob dan Exco semua hadir.
Paling merujakan menurut penjenguk berkenaan sebaik sahaja Pemangku Raja hendak turun dari pesawat khas yang membawa baginda, ada kalangan rakyat termasuk juga pemimpin politik ‘berungga’ – berlari-lari, untuk mendapatkan ruang bagi menyambut kepulangan Tengku Faris.
Masing-masing berebut untuk berada di barisan hadapan agar mereka ditengok dan dicamkan oleh Pemangku Raja bagi menyatakan kehazahiran mereka.
Dalam kejadian ini ada pemimpin yang merempuh dan tidak mempedulikan protokol semata-mata kerana ingin berada hampir dengan Tengku Faris untuk sama-sama mengaminkan doa keselamatan atas keberangkatan pulang. Keadaan ini menyebabkan MB dan TMB yang sepatutnya diberikan ruang 'terkanjar' ke belakang. Wartawan dan sesetengah hadiri menyedar akan kejadian ini!
Baguslah kalau semua rakyat dan pemimpin politik sayangkan Pemangku Raja dan taatkan sultan. Semangat yang sebegiutlah yang dimahui oleh sekalian rakyat. Kalau tidak ada niat hendak menduakan raja inysaAllah Kelantan akan selamat dan sejahtera, Kelantan akan makmur sampai ke bila-bila.
Pemangku Raja juga tentu gembira. Cuma apa yang kita harapkan jangan semangat dan karektor iu berlaku secara bermusim. Maksudnya sesudah Tengku Faris dilantik menjadi Pemangku Raja baru ketaatan dan penghormatan ingin dizahirkan.
Sebelum Tengku Faris dilantik menjadi Pemangku Raja semacam baginda diketepikan dan dirasakan tidak penting. Kenapa saya berandaian itu begitu kerana ada pihak yang mengadakan kenduri kahwin anak tidak mengundang Pemangku Raja tetapi mengudang putera raja yang lain yang disangka bakal dilantik menjadi Pemangku Raja.
Sikap membezakan kerabat di raja ini rasanya tidak berapa elok dan kurang manis.
Dan hari ini apabila Tengku Faris sudah dilantik menjadi Pemangku Raja sokongan orang-orang sejenis itu sudah mula berganjak pula. Sikap begitu adalah sikap hipokrit yang sama sekali tidak disukai oleh Pemangkau Raja dan juga Islam dan jika diamalkan ia boleh membinasakan badan.
Peristiwa kedua yang berlaku semalam ialah solat hajat bertempat di stadium Sultan Mohamad ke-1V, Kota Bharu. Paling bermaknanya apabila solat hajat itu diimamkan sendiri oleh Tengku Faris. Perisitwa ini adalah satu sejarah dan satu kemanisan buat rakyat Kelantan seluruhnya. Rakyat Kelantan belum pernah sebelum ini dapat menjadi makmum kepada seorang raja.
Tentu rakyat yang kuat pegangan kepada agama, yang mementingkan kepada perpaduan akan mengalirkan air mata melihat peristiwa ini. Keikhlasan dan ketawadukan Tengku Faris sebagai hamba Allah tentu terpancar cerah dengan apa yang berlaku itu.
Tengku Faris juga turut membacakan doa meminta Allah memberi kesihatan dan kesejahtraan kepada ayahanda baginda yang kini sedang dirawat di Singapura. Beliau juga turut mendoakan semoga Kelantan senantiasa dalam pemeliharaan Allah. Apa yang dilakukan Tengku Faris itu adalah fardu ke atas seorang hamba Allah dan sebagai seorang anak yang soleh.
Perisitiwa itu istimewa dan satu sejarah. Kerana selalunya dalam majlis seumpama itu dan majlis keagamaan, raja atau sultan hanya jadi makmum atau tukang mengaminkan doa yang dibaca oleh Tok Kadhi atau Mufti sahaja.
Apa yang dilakukan Tengku Faris semalam adalah pembaharuan yang menyentuh perasaan rakyat Kelantan. Jadi tidak hairanlah kalau rakyat begitu kasih dan sayang kepada baginda kerana baginda menempati peranan dan fungsi sebagai seorang hamba Allah dan raja kepada sebuah negeri.
Khabarnya Nik Aziz sendiri teruja dan terharu dengan apa yang berlaku. Menurut pertuturan seorang pemimpin kanan Kelantan, Tok Guru Nik Aziz merasa sungguh gembira kerana Tengku Faris telah melalukan tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya baginda pikul.
Nik Aziz kata pemimpin itu menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai satu lagi detik bersejarah dan perkembangan baru sempena tahun Hijrah di Kelantan. “Kalau sebelum ini Ketua Polis membaca khutbah, kini Pemangku Raja pula jadi tok imam,” kata pemimpin itu memetik kata-kata Nik Aziz yang gembira dengan apa yang berlaku.
Tok Guru juga menurut pemimpin itu, menghuraikan apa yang dilakukan Tengku Faris itu adalah menempati kehendak Islam sebenarnya. Menurut Tok Guru katanya, memang sewajarnya kalau rakyat mempunyai pemintaan baik-baik yang hendak diajukan kepada Allah, eloknya raja sendiri yang mendoakan kerana kedudukkan raja itu sendiri dengan Allah dari segi hirerkinya sangat hampir dengan Allah.
“Jadi apa yang dilakukan Tengku Faris sebenar menempat kehendak Islam dan ia sangat menggembirakan rakyat, tok guru sungguh gembira,” sambung pemimpin itu mencritakan perasaan Nik Aziz.
Di majlis malam tadi lebih 2,000 terdiri dari rakyat, pegawai kerajaan dan pemimpin politik ikut sama mendirikan solat hajat yang diimamkan oleh Tengku Faris kemudian mengaminkan dia yang dibaca sendiri oleh baginda./msomelayu.blogspot.com
Kes buang bapa pula
Satu lagi kes 'buang bapa' di Perlis | ||
|
Lelaki itu, yang berasal dari Kodiang, Kedah, menunggu untuk dijemput oleh anaknya selepas selesai rawatan itu tetapi sehingga pusat itu menutup operasinya lewat petang, tiada siapa yang datang menjemputnya.
Kerana bimbangkan keselamatan lelaki itu, kakitangan pusat haemodialisis itu telah menghubungi anaknya tetapi anaknya itu tidak datang.
Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa ketika ditemui pemberita hari ini berkata, hasil temubual mendapati lelaki itu menerima rawatan di pusat itu setiap tiga minggu dengan dibiayai oleh seorang anak perempuannya.
Lelaki itu juga dikatakan pernah kecil hati terhadap tindakan tertentu anaknya sebelum ini dan mahu ditempatkan di rumah kebajikan.
Ku Chik berkata, lelaki itu akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan di Jejawi dekat Kangar selama 30 hari bagi proses kemasukan secara sukarela, dan jika tiada waris yang mahu menjaganya, dia akan ditempatkan di bawah penjagaan dan perlindungan jabatan itu.
Pada 7 Jan lepas, seorang lelaki berusia 57 tahun ditinggalkan bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya di Behor Temak dekat sini.
Lelaki itu dari Arau yang baru menjalani pembedahan jantung ditemui tidur di sebuah pondok bas.
Dia kini ditempatkan di Rumah Kebajikan Batu Bertangkup, Chuping.
- Bernama
TJ:Tenggelam kes baung bayi timbul kes buang bapa pula ...erm dunia-dunia..
Tazkirah pagi jumaat
Kiamat oleh Ustaz Harun Din
Ringkasan:
Sabda Rasulullah:
"Kiamat itu ada dua... Kiamat Sugra (Kecil) dan Kiamat Qubra (Besar)... Kiamat Sugra ialah Kiamat dimuka bumi sahaja diakhir zaman... Akan masih ada segolongan kecil yang hidup untuk pembiakan umat baru yang akan bertemu Nabi Isa A.S... Manakala Kiamat Qubra ialah Kiamat yang seluruh alam semesta dan galaksi hancur... Tiada lagi manusia yang hidup, dan tiada lagi bumi..."
"Umatku ada dimuka bumi ini selama 1,500 tahun lamanya... Sebelum terjadinya Kiamat Qubra, akan tiba Kiamat Sugra... Sebelum datangnya Kiamat Sugra, akan ada tanda-tandanya... Begitu juga sebelum tibanya Kiamat Qubra..."
Ayat al-Quran:
"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."
"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."
________________________________________________________________________
Ust.Harun Din dlm ceramah dia, ada membaca sebuah artikel yg menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat ... Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan Sept 2008 lepas.. Maknanya, planet yg dekat dgnnya jugak (bumi la) akan bertukar arah pergerakan dia.. Maka pada saat tu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur...
Penjelasan Saintifik Bagaimana Ia Berlaku:
Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet X (oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun.. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet Jupiter (Musytari). Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub-kutub ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA.
Pada bulan Mei 2009 lalu Planet X berwarna merah jelas kelihatan oleh semua penduduk bumi selama sebulan antara jam 1am - 3am...
Peristiwa ini seperti yang pernah berlaku semasa banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu.. Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi... Ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari..
(Tanda tibanya kiamat kecil objek merah di langit kelihatan)...
Amerika Syarikat dan negara barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran-banjaran gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi ini akan lenyap...
Di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri-ciri keselamatan dan dari ancaman bencana..
(Rujuk paper bulan Februari 2008, kosmo, Berita Harian dan lain-lain)
Satu hari nanti bumi akan hancur dan ditenggelami air selama 40 hari, dan satu zaman baru muncul dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno...
Jadi bersedialah kita umat Islam...ALLAHHU AKBAR..!!
Kajian... (ALLAH Maha Mengetahui dan mahu kita berfikir..)
a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... Sekarang sudah 1440 = 426 + 12 tahun hijrah.... Daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, Alam akan kiamat (Besar) pada tahun 2066...
b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.
Namun, Amerika telah cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...
Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang jauh lebih besar dari Bumi juga akan menghentam bumi dalam masa 60 tahun lagi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.....
c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Mereka merancang memusnahkan Kaabah pada tahun 2011...
(Meruntuhkan Kaabah mengundang kemurkaan Allah, mungkinlah juga Kiamat Kecil 2012 itu disebabkan kemurkaan Allah)
Dan kuasa Israel akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa..... .
Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat selepas itu..
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062...
Dianggarkan Kiamat Qubra (Besar) Antara Tahun 2062-2066...
Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji...
Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...
Kita telah berada di bumi ini selama 1440 tahun...
Cubalah anda kirakan sendiri...
Beribadatlah wahai umat Islam sekalian...
Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia sahaja yang akan rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah.
Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar.
Marilah sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk semua umat Islam..
Rabu, Januari 13, 2010
Tazkirah senja
13 Januari 2010
HIKMAT KERANA BERBAKTI KEPADA IBUBAPA
Email : Sal Am

تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيماً
• Firman Allah Subhanallah Ta'la dalam Surah Al-Isra' ayat 23 bermaksud : Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa mu dengan sebaik-baiknya jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanye berumur lanjut dalam pemeliharaan mu,maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kedua-dua nya perkataan 'ah; dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia....
Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.
Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. Di sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.
Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.
"Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan.
"Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan.
"Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.
Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan supaya anaknya diberi rezeki dan perasaan puas hati. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit.
"Setelah ibuku wafat aku berkeliling di tepi pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah kubah diperbuat daripada permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.
Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu.
"Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.
"Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah."
"Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?"
"Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."
"Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan.
"Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.
DISEDIAKAN OLEH:
USTAZ IBRAHIM BIN ZAKARIA 019-2627636
PENGETUA
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR
E mail:Ibrahim_mtd07@yahoo.com
Sebarang sumbangan Zakat/derma bolehlah dimasukan ke
AKAUN BANK MUAMALAT 08030002138714 @ CIMB BANK 08150000173109
Selasa, Januari 12, 2010
Renungan senja

Ahad, Januari 10, 2010
Doa
Setiap insan punya dugaan yang berbeza.Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada di sisi untuk membantu anda menghadapi pelbagai rintangan yang tiba .Pasti Allah akan menunjukkan jalan keluar namun dengan syarat,kita mesti memintanya dengan cara berdoa setiap kali selepas solat.
Allah berfirman:
"Dan apabila hamba-hambamu bertanya kepadamu tentang Aku,maka(jawablah)bahawasanya Aku adalah dekat ,Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu,maka hendaklah mereka itu mematuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berdoa dalam kebenaran"
Surah Al-Baqarah:186
Ketaatan yang penuh dan menyeluruh kepada Allah dan Rasulnya ,Maka sesiapa yang tiada memenuhi segala perintah Allah dan RasulNya itu,maka selamanya Allah tidak mengabulkan doanya,kerana dia telah merosakkan jalan penerimaan Allah.
Hendaklah dia menjadi seorang mukmin dan beramal salih.Meskipun dalam masa yang cukup lama,sesungguhnya seorang hamba itu selalu berada diantara nikmat Doa.
Jumaat, Januari 08, 2010
Hadith
Tajuk : Hutang
Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” Riwayat al-Baihaqi
Huraian
Pengajaran hadis:
i) Strategi pengawalan perbelanjaan adalah bergantung pada kesesuaian dan keperluan tertentu seseorang atau sesebuah keluarga. Pepatah ada mengatakan “ Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis”.
ii) Seharusnya setiap individu mengamalkan sifat ‘qanaah’ iaitu bersyukur dan redha dengan apa yang ada serta memastikan bahawa keperluan tidak melebihi kemampuan. Amalkan sikap berjimat cermat dan membuat simpanan (tabungan) bagi mencapai keselamatan ekonomi kerana orang yang mengamalkan sikap tamak dan boros sehingga sanggup berhutang bukan sahaja boleh meningkatkan inflasi malah membawa kemuflisan dan kepapaan.
iii) Hutang wajib dibayar sesuai dengan waktu yang dijanjikan iaitu tidak menangguh-nangguhkannya. Adalah dikira berdosa bagi orang yang tidak mahu membayar hutangnya dengan sengaja walau bagaimana kecilpun hutang tersebut. Hal ini termasuk juga hutang yang berlaku dengan orang yang bukan Islam serta seseorang yang berhutang tetapi telah meninggal dunia dan belum sempat membayar hutangnya. Maka ahli waris si mati hendaklah berusaha untuk melangsaikannya.
iv) Islam selaku agama yang sempurna telah menyusun beberapa langkah mengenai proses berhutang di mana hutang yang dibuat hendaklah dicatat jumlah dan masa pembayarannya serta dilantik seorang penulis yang adil sebagai saksi. Ia bertujuan untuk mengelak dari sebarang penipuan dan penganiayaan.
v) Sesungguhnya melepaskan hutang orang menghutangi kita adalah suatu perbuatan yang mulia. Ganjaran yang besar menanti iaitu berupa naungan Arasy di akhirat kelak.
Tajuk : Kepentingan Berkasih Sayang
Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengenali hak orang tua maka bukan dari kalangan kami.”
Riwayat Abu Daud
Huraian
1. Orang beriman adalah mereka yang hidupnya saling hormat menghormati dan kasih mengasihi antara satu sama lain tanpa mengira usia, tua ataupun muda.
2. Orang yang gersang daripada sifat kasih sayang biasanya bersikap ganas dan kasar hingga akhirnya hidupnya menjadi terasing dan terpinggir daripada masyarakat.
3. Kekejaman berupa penderaan dan kekerasan terhadap golongan yang lemah sama ada terhadap kanak-kanak dan orang tua merupakan suatu perbuatan yang amat dibenci oleh agama kerana ia mempamerkan sifat zalim dan tidak berperikemanusiaan yang tidak sepatutnya ada pada diri seorang manusia yang dianugerahkan Allah dengan akal fikiran dan perasaan.
Tajuk : Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tiada Gunanya
Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Nabi s.a.w bersabda:”Setiap yang masuk ke dalam syurga diperlihatkan kepadanya tempat diamnya di dalam neraka jika seandainya dia melakukan kesalahan, supaya dengan itu bertambah syukurnya kepada Tuhan. Setiap orang yang masuk ke dalam neraka, diperlihatkan kepadanya tempat diamnya di dalam syurga jika seandainya dia melakukan perbuatan baik, supaya dengan itu timbul penyesalannya.” (Bukhari)
Huraian
Syurga dan neraka bukanlah asing bagi pendengaran manusia yang sampai kepadanya seruan dakwah Islam. Namun begitu tidak banyak yang mengambil iktibar di atas setiap peringatan yang diberikan iaitu tentang azab yang bakal dikenakan kepada orang yang melanggar perintah Tuhan dan balasan nikmat yang bakal dinikmati oleh orang yang beriman dan beramal soleh. Lantaran itu di akhirat kelak tiada manusia yang tidak akan menyesal di atas segala kejahatan yang telah dilakukan bila mana mereka melihat akan keindahan syurga yang diperlihatkan kepada mereka berserta dengan segala nikmat di dalamnya manakala orang-orang yang dimasukkan ke dalam syurga pula akan merasa sungguh bersyukur kerana terselamat daripada bencana yang amat mengerikan sepertimana yang mereka lihat pada neraka dan penghuni neraka yang mengalaminya. Oleh itu kita selaku orang yang masih hidup yang masih mempunyai harapan (peluang) untuk memperbaiki nasib kita di akhirat kelak hendaklah segera bertaubat dan mengerjakan amalan yang diredhai Allah SWT agar nanti kita tidak tergolong di kalangan mereka yang rugi.
Tajuk : Rahmat Dan Kasih Sayang Allah
Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu! Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang - yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpakan penyakit pada badannya, dan kepicikan pada rezekinya." Anas r.a
Huraian
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu! Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang - yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpakan penyakit pada badannya, dan kepicikan pada rezekinya."
TJ:Semoga mendapat manfaat...
Khamis, Januari 07, 2010
Malam yang kudus
saudara ku
maka rumah ibadah kamu menjadi gelap
maka rumah ibadah kamu menjadi kering
maka rumah ibadah kamu menjadi kosong
saudara ku
mereka menutup pili
mereka menutup cahaya
mereka melarang itu dan ini
suadara ku
suci itu bukan kerana di basuh air
terang itu bukan kerana cahaya leterik
berteduh bukan hanya di dalam bangunan
saudara ku
hanya sebuah shaer yang dapat aku lukiskan
hanya sebaris ayat yang dapat aku lakarkan
saudara ku
nyatakanlah kepada mereka
kesah kan lah kepada mereka
tentang surah surah yang lebih awal dari ini
tentang surah surah raja raja yang angkuh
tentang surah surah emperor yang ganas
tentang orang orang kaya yang sombong
saudara ku
dimalam yang kudus ini
dibawah limpah cahaya bulan
marilah kita doakan
agar turunlah malaikat
untuk membukakan hati mereka
agar mereka sedar bahawa bumi ini milik anak semua bangsa
agar mereka sedar kita ini hanyalah sementara
agar mereka sedar bahawa kita ini
hanyalah debu debu zarah di alam yang maha luas
saudara ku
dimalam kudus ini
jangan lah kamu bersedih
janganlah kamu berdendam
marilah kita merayakan kehidupan
marilah kita berdoa
agar para malaikat
akan membuka hati semua mereka yang angkuh
Rabu, Januari 06, 2010
Telefon bimbit dan remaja
Pengasas Gerakan Integrasi Belia (GIB), Syed Mohd Khusyairi Syed Yaacob berkata, pendedahan dan kebebasan anak-anak terhadap penggunaan gajet teknologi juga perlu dibataskan untuk mengelakkan penyalahgunaannya terhadap perkara negatif.
Menurutnya, dahulu pengunaan telefon bimbit tidak seperti hari ini dan kini ia banyak disalah gunakan oleh anak- anak untuk mengetahui pelbagai perkara yang tidak sesuai dengan usia mereka.
“Jika dahulu penggunaan telefon bimbit dikatakan untuk mengawasi keselamatan anak-anak dan penggunaanya didakwa atas alasan keselamatan tetapi kini saya rasa ia telah bertentangan.
“Ramai remaja kini yang menggunakan telefon bimbit tetapi terlibat dengan perkara negatif. Mereka menggunakan telefon bimbit untuk berpacaran walaupun masih di bangku sekolah. Sehingga terdapat seketika dahulu didedahkan kes remaja menyerah diri kepada lelaki untuk mendapatkan kredit telefon apabila enggan diberikan oleh ibu bapa mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, ibu bapa tidak perlu memberikan kepercayaan penuh kepada anak-anak kerana bimbang mereka akan terpengaruh dengan pelbagai gejala negatif di luar sana.
“Saya rasa anak-anak tidak perlu diberikan penggunaan telefon bimbit ketika di bangku sekolah kerana kita generasi terdahulu pun masih selamat tanpa telefon bimbit. Tetapi hari ini saya rasa ia semakin tidak selamat kerana mereka lebih mudah berinteraksi dengan rakan atau teman lelaki dan mudah membuat janji temu tanpa pengetahuan ibu bapa.
“Ia seterusnya akan menjejaskan pemikiran yang seharusnya ditumpukan kepada alam persekolahan sahaja dan bukan terlibat dengan pelbagai gejala tidak sihat yang semakin hari semakin banyak melibatkan remaja bawah umur,” katanya.
TJ:Berita dari kampungku ...
Al-fatihah
Pembunuhan kejam keluarga imam | ||
|
Kampung Batang Rokan, kira-kira enam kilometer dari Gemencheh semalam.
Mereka ialah imam masjid kampung berkenaan Atan Daud, 90, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu Ismail Awang, 76, dan cucu mereka Siti Khatijah Ismail, 22.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata mayat keempat-empat mereka ditemui pada kira-kira pukul 3.30 petang oleh adik Siti Khatijah yang baru pulang dari sekolah.
"Tiga mayat ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu dalam rumah imam itu, manakala mayat Siti Khadijah ditemui di ruang tamu rumah bersebelahan.
"Mayat Ismail Awang ditemui dalam keadaan putus kepala sementara anaknya Siti Khadijah ditemui dengan pisau masih terpacak di dada, manakala Atan dan Sutiah ditemui dengan kesan tetakan pada tangan, seolah-olah mempertahankan diri daripada serangan," katanya pada sidang akhbar semalam.
Beliau berkata polis menemui senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu di sekitar kawasan rumah terbabit.
"Polis percaya serangan itu berlaku pada sebelah pagi dan kami akan berusaha memastikan mereka mendapat pembelaan. Ia perbuatan kejam yang berlaku dalam sebuah keluarga," katanya.
Osman berkata polis kini mencari cucu lelaki imam itu yang dikenali sebagai Rashidi Ismail, 34, dengan nombor kad pengenalan 760315-05-5025 bagi membantu siasatan.
Lelaki itu didapati hilang bersama motosikal Suzuki berwarna biru bernombor plat BAY 2805, katanya.
Sementara itu ketua kampung Bukit Rokan, Jamaluddin Biee berkata imam berkenaan tinggal di kawasan yang agak terpencil dalam kawasan ladang getah itu, bersebelahan dengan rumah menantunya.
Kes pembunuhan itu menggemparkan penduduk berdekatan menyebabkan ratusan orang sanggup berhujan dan berjalan sejauh 300 meter dari jalan raya melalui kawasan ladang getah dan belukar yang gelap gelita untuk ke tempat kejadian.
Unit anjing k9 dan pasukan forensik dari Seremban berada di tempat kejadian.
- Bernama
TJ:Hanya manusia berhati binatang sanggup melakukan perbuatan terkutuk...
sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat mereka yang terkorban..
Tinta rohani
Catatan Rohani
“Jika engkau menghadapi dunia dengan jiwa lapang,engKau akan memperoleh banyak kegembiraan yang semakin lama semakin bertambah,
semakin luas, duka yang makin mengecil dan menyempit.
Engkau harus tahu bahawa bila duniamu terasa sempit,
Sebenarnya jiwamulah yang sempit bukan dunianya.”(Ar-Rafi’i)
Segala puji bagi Allah yang telah meletakkan hati dan langkah kita dalam kebersamaan di jalan dakwah ini. Semoga limpahan kasih sayangNya sentiasa terhimpun pada kita.
Saudaraku,
Dalam perjalanan yang panjang ini, kita sememangnya memerlukan bekal bagi membolehkan kita mengharungi arus duniawi dengan selamat dan sentiasa berada di landasan yang benar. Bekalan tersebut ialah sikap lapang dada, bernafas panjang dan mudah memaafkan. Inilah yang telah membolehkan orang-orang soleh terdahulu berjuang walaupun dalam suasana getir dalam melaksanakan ketaatan. Inilah yang menjadi bekal Rasulullah tatkala berhadapan dengan penghinaan dan cacian masyarakat sekeliling ketikamana baginda melaksanakan misi kenabian.
Saudaraku,
Kisah orang-orang soleh terdahulu sentiasa menjadi sebutan dek kerana kemantapan jiwa mereka dalam memandang kehidupan dunia.
Suatu hari, Ibrahim An Nakh’I keluar berjalan bersama temannya, seorang yang buta. Setelah lama menyusuri jalan, rakannya yang buta mula bersuara, “Ya Ibrahim, orang-orang yang melihat kita ramai yang menghina kita dengan panggilan itu orang buta, orang pincang.” Orang buta itu seakan-akan tertekan dengan panggilan tersebut. Lalu Ibrahim dengan tenang menjawab, “kenapa engkau begitu terbeban memikirkannya? Jika mereka berdosa kerana menghina kita sedangkan kita mendapat pahala, lalu kenapa?”
Fudhail Bin Iyadh, seorang ulama Tabi’in yang cukup terkenal dengan ketakwaannya menceritakan, suatu ketika, saat beliau sedang duduk di masjidil haram, beliau didatangi seseorang yang sedang menangis. Fudhail bertanya, “kenapa engkau menangis?” Lalu orang itu menjawab, “aku kehilangan beberapa dinar yang aku pasti ianya telah dicuri.” Fudhail kembali menyoal, “apakah disebabkan dinar itu sahaja engkau menangis?” Orang tersebut lantas memberi jawapan yang sungguh mengejutkan. “Tidak, aku menangis kerana aku tahu bahawa kelak aku akan berada di hadapan Allah dengan pencuri itu dan aku sangat kasihan akan nasib pencuri itu nanti. Itulah yang membuatkan aku menangis...”
Iman seperti apakah yang mereka miliki wahai saudaraku? Ujian dunia langsung tidak melemahkan semangat juang mereka. Mungkin mereka berduka, bersedih, kecewa atau barangkali naik kemarahannya. Namun mereka masih mampu mengawal hati mereka, tetap redha, kekal tenang hasil daripada sikap lapang dada yang mereka miliki. Alangkah indahnya...
Saudaraku,
Kisah-kisah seperti itu seharusnya membuatkan kita mengerti bahawa jika kita tidak lapang dada dan tidak mudah bersabar, kita pasti akan menjadi orang yang paling menderita di dunia ini. Ini kerana, penderitaan terbesar adalah jiwa yang cepat goyah dan bimbang saat menghadapi sesuatu yang sebenarnya remeh. Persoalan remeh yang kita lihat secara keliru, kemudian mengakibatkan sempitnya dada, kesal hati, murung, dukacita, air mata dendam sehingga waktu rehat terganggu dek kerana fikiran yang berkecamuk.
Jika itu yang terjadi, pastinya tiada amal-amal besar yang dapat kita lakukan. Hal ini kerana, amal-amal besar hanya lahir daripada jiwa yang tenang, hati yang lapang, penuh redha, serta fikiran yang terurus.
Itulah sebabnya, Sheikh Mustafa Masyhur mensyaratkan nafasun thawil atau nafas panjang perlu ada pada pejuang-pejuang Islam. Baginya, jalan perjuangan yang panjang tidak akan mampu dilalui oleh orang-orang yang ber ‘nafas pendek’, mudah goyah dan tidak sabar.
Dalam perjalanan yang panjang ini,
Kita sebenarnya mampu untuk menjadi seperti mereka. Syaratnya adalah, kita tahu dan sedar ada matlamat yang lebih besar yang ingin kita capai bersama di hujung perjalanan dakwah ini.
Malah, ia lebih penting daripada apa pun peristiwa yang berlaku di dunia ini.
Tiada ertinya dan betapa kecilnya kehidupan dan kemewahan di dunia ini apabila kita telah bersedia untuk berjuang memburu redha Allah.
Nadu’llah atthabat ‘ala tariqihi..
Selasa, Januari 05, 2010
Terima kasih
Salam senja ;
TJ mengambil kesempatan untuk membuat coretan ucapan berbanyak terima kasih kepada seseorang yang telah membawa perubahan perlahan-lahan dalam kehidupan TJ di tahun baru 2010.Tj cukup bersyukur sekarang kerana TJ telah disedarkan dari kelalaian seorang hamba Allah oleh seseorang yang begitu mulia budinya.Selama ni Tj merasakan amal TJ agak jauh dari mendekatkan diri kehadrat Illahi tapi kini kehadiran seseorang telah memberi sedikit keinsafan dan kesedaran TJ tentang hubungan TJ dengan pencipta TJ .Syukur kehadrat Ilahi.Tj harap supaya TJ sentiasa ditegur dan diberi tunjuk ajar oleh beliau.
Menangis
Menangislah bila perlu menangis
Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu.Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.
Air mata adakalanya penyubur hati,penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia. Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa. Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku,keluh seorang Abid. Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan.
Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.
"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang." (al- Hasyr: 20)
Sabda Rasulullah s.a.w. "Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."
Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang yang berdosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.
Nabi bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur." Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.
Lupakah kita Nabi pernah bersabda :
"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."
Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka. Namun, Allah s.a.w. telah berfirman :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Bukankah Nabi pernah bersabda: "Neraka dipagari nikmat,syurga dipagari bala." Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata :
"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu." Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya : "Kenapa engkau menangis?" "Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang," jawabnya. Ibnu Mas’ud r.a. berkata: " Seorang yang mengenal al Quran dikenali apabila waktu malam ketika orang lain tidur dan waktu siangnya ketika orang lian tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga. Seharunya orang yang mengerti al Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam lalai, bersuara keras dan pemarah