
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU - AWAL MUHARAM 1431H(18 Dis2009)
SALAM TAHUN BARU HIJRAH 1431
-----------------------------------
Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kita bersama-sama sekali lagi menyambut tahun baru Hijrah 1431.
Di sini TJ ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Awal Muharram kepada semua kaum muslimin dan muslimat khususnya. Semoga pada tahun yang baru ini kita dapat mempertingkatkan lagi amalan-amalan kita dan menambah lagi kebajikan kita sebagai bekalan untuk menempuh alam akhirat kelak.
Semoga kita dapat menempuh pelbagai ranjau dan ujian yang tidak lain datangnya dari Allah untuk menguji tahap keimanan dan sejauhmana ketaatan kita kepadaNya dengan cekal dan tabah.
Diharapkan juga semua kesabaran di dalam mengharungi ujian Allah akan di balas dengan ganjaran pahala yang tidak tergambar oleh makhluk. Justeru di sini TJ ingin menyeru kepada umat Islam agar dapat mengambil iktibar dan mengambil pengajaran disebalik falfasah penghijrahan junjungan besar nabi Muhammad saw dari Mekah ke Madinah. Baginda dan para sahabat tidak pernah mengenal putus asa di dalam berdakwah dan menyebarkan ajaran Islam di atas muka bumi ini, selain itu peristiwa hijrah Rasulullah ini juga mengajar kita supaya sentiasa yakin kepada Allah dan bersangka baik padaNya dan yakin bahawa Allah pasti akan memberi kejayaan dan kemenangan kepada kita selagimana Allah menjadi tempat sandaran dan tempat meminta pertolongan.
Wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan