Rabu, Disember 09, 2009

Awal pagi


Salam,
Pagi rabu mata dah mula mengantuk sesekali terpejam tapi tetap TJ gagahi untuk mencoretkan tinta dari jemari TJ yang masih gagah menekan papan kekunci Lappy usang ini.Pagi ini permulaan bagi hari baru untuk esok..Jadi di sini TJ mencoretkan konklusi hari semalam yang telah berlalu hampir 30minit meninggalkan kita melangkah ke hari baru.Secara amnya hari semalam adalah hari mencabar bg TJ kerana pelbagai perkara yang berlaku tanpa TJ sedari tk perlulah nak dihuraikan secara panjang lebar tapi cukup sekadar dinisbah sebagai 70% perkara yg indah dan 30% lagi perkara yg kurang menyenangkan hati.Ya TJ masih merasa terkilan lagi dgn apa yg berlaku di negeri kelahiran TJ (Kelate) masih ada pihak yang cuba menjatuhkan pimpinan TGNA @ pimpinan Islam di Kelantan.Masih ada lagi orang yang pada IC@KAD PENGENALAN@KARTU IDENTITAS nya tertulis agamanya ISLAM terus-terusan menentang pentadbiran Islam yg sudah hampir 20tahun bertapak di negeri Serambi Mekah di bawah pimpinan TGNA.Bagi TJ yg jahil cukup rasanya hanya sekadar melahirkan rasa tidak puas hati kepada pihak-pihak yang tak bertamadun itu.TJ bukan ahli politikus atau ahli pemikir tapi masih boleh berfikir secara waras untukmenilai yang mana permata dan yang mana kaca.Cukup setakat di sini coretan terakhir dan tinta awal pagi dari TJ.Semuga esok masih ada bagi TJ untuk mencoretkan sesuatu ya walaupun ada sesetengah pembaca sukar memahami isi yang tersurat..Salam dari TJ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan