
Salam,
Waktu minum pagi ada seorang kawan TJ bercerita tentang satu kisah di zaman para sahabat dulu:
Al-kisah di zaman tersebut seorang raja yang teramat kaya dengan bermacam-macam harta disimpan di dalam gudang di bawah Istana.Baginda telah mengamanahkan seorang pembesar istana yang baginda percayai untuk menjaga harta tersebut.Tetapi tiap-tiap hari pembesar tersebut turun ke gudang simpanan harta itu.Jadi timbul syak antara pembesar-pembesar di dalam istana.Mereka telah berpakat untuk mengenakan pembesar yang di beri kepercayaan oleh raja dengan mengatakan harta baginda telah di ambil sedikit demi sedikit oleh pembesar yang diamanahkan oleh baginda.Sebagai seorang raja yang begitu tegas dan adil baginda mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri perkara tersebut.Pada suatu malam baginda secara diam-diam telah turun ke gudang simpanan harta baginda.Tiba-tiba baginda melihat pembesar tersebut turun ke salah satu bilik simpanan harta baginda yang terdapat di dalamnya sebuah cermin besar dan barangan kemas yang dibuat dari emas.Baginda masih menunggu dengan sabar untuk melihat apa yang berlaku.Setelah di perhatikan baginda mendapati pembesar tersebut tidak mencuri cermin tersebut sebaliknya baginda merasa hairan apabila melihat beliau menukarkan persalinan pembesar kepada beberapa helai pakaian lusuh dan buruk yang ada di situ .Setiap helai pakaian buruk dan lusuh itu dipakainya satu persatu kemudian pembesar itu berdiri di hadapan cermin untuk beberapa ketika.Baginda tidak berpuas hati dgn apa yang berlaku lalu baginda keluar dari tempat persembunyianya dan bertanya kepada pembesar tersebut tentang apa yg dilakukannya.Lalu pembesar itu menjawab dengan tenang setiap hari dia akan datang kesitu untuk menukar pakaian buruk serta lusuh dan melihat dirinya dalam cermin tersebut,dari situlah beliau melihat ke dalam dirinya dan muhasabah setiap apa yang dilakukan setiap hari.Baginda cukup terkejut dgn penjelasan tersebut dan meminta maaf kepada pembesar tersebut kerana telah bersangka buruk kepada beliau.Keesokkan harinya baginda memanggil semua pembesar istana dan menyatakan baginda sungguh berbangga mempunyai seorang pembesar seperti beliau.Jadi kesimpulan yang TJ dapat ambil dari cerita tersebut kalau kita sentiasa bermuhasabah setiap hari kita akan tahu kelemahan kita dan akan mendapat rahmat dari Allah s.w.t.Itu dari pentafsiran TJ sendiri mungkin setiap dari kita mempunyai pentafsiran sendiri.Ya setiap kita mempunyai akal yang berbeda jadi tafsirlah seadanya.wassalam dari TJ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan