Jumaat, Februari 19, 2010

Yang Lalu Biarlah berlalu

Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seadanya.

Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

Dengan demikian, tidak ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya memang sudah tiada.

Janganlah anda hidup di dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu, atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut! Apakah anda menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kali? Apakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, air susu kembali ke payu dara si ibu, dan air mata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata anda?

Dengan kembali ke masa lalu, bererti anda akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tak ubahnya seperti api yang terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekaligus menakutkan.

Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan menyia-menyiakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengingatkan kita dengan umat pada masa lalu serta apa yang telah mereka perbuat:

Itulah umat yang telah lalu...(Al-Baqarah:134)

Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.

Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tidak ubah seperti orang yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Ada ungkapan nenek-moyang kita dahulu yang patut direnungkan oleh orang yang menangisi masa lalu: "Janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya."

Dalam sebuah riwayat diceritakan, bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang. Orang-orang tersebut bertanya kepada keldai: "Mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yang telah berlalu?" Kedai itu menjawab: "Kerana aku tidak suka kebohongan."

Bencana dapat menimpa apabila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lau. Kita menyia-nyiakan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah usang. Padahal seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya, kerana pada dasarnya semuanya mustahil.

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan: air mengalir ke depan;setiap khalifah akan berjalan ke depan. Oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.

Rabu, Februari 17, 2010

Sakitnya Mati

Sakitnya Mati

Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih

Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.

Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."

Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."

Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."


Jumaat, Februari 12, 2010

8 Tips Bagaimana Untuk Jaga Solat


Ada seorang rakan meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT.. Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih atau sibuk sikit, maka dia liat nak solat.
Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat. Dia nak berubah dan mahu menjaga solat, katanya. Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal. Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya. Keadaan ini membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah.

Solat itu tiang agama!

Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin kita boleh amalkan supaya diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.
1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri
Perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan solat. Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah amalan kita yang lain.
Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga solat, saya sarankan untuk beli Kitab Fadhilatl Amal (Harga RM35 sebuah). Dalam kitab tersebut ada 1 bab khusus yang menerangkan tentang fadhilat-fadhilat solat. Antara yang diterangkan dalam Bab Fadhilat Solat ialah mengenai ;

  • Kepentingan solat
  • Kelebihan solat
  • Amaran dan celaan ke atas mereka yang meninggalkan solat
  • Kepentingan dan kelebihan solat berjemaah
  • Amaran kerana meninggalkan solat jemaah
  • Penerangan tentang khusyuk dan khudu’ dalam solat
  • Menyenaraikan hadith-hadith tentang khusyuk solat
  • Menceritakan mengenai solat yang dilakukan para sahabat
  • Belilah Kitab Fadhilat Amal tu dan bacalah setiap hari. Tetapkan 1 masa yang tetap contohnya sebelum tidur, dan bacalah sekurang-kurangnya 1 hadith yang terdapat dapat kitab tersebut. Bacalah dengan istiqamah setiap hari.
    Moga-moga dengan keberkatan dan nur-nur hadith/quran yang anda baca tu, ditambah dengan keinginan serta usaha untuk berubah, Allah akan berikan kekuatan pada kita untuk menjaga solat, insyaAllah.

    2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat
    Kita kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan sebegini boleh saling ingat mengingati dalam melakukan perkara ibadah. Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan kita motivasi untuk melaksanakan perintah Allah. Jadi, carilah dan dampingilah rakan-rakan yang baik dan menjaga solat mereka.

  • 3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin
    Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan sesekali tewas dan mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat. Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan kita tewas. Setiap kali kita menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada waktu seterusnya.

  • 4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat
    Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga solat. Pahala yang melimpah ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika dilakukan pula secara berjemaah.
    Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat secara konsisten. Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di antara kedua solat tersebut.

  • 5. Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi
    Ini terutamanya memberikan kesan pada solat subuh. Kalau kita tidur lewat dan tidur tak cukup, bagaimana untuk solat subuh? Memang liat laa jawabnya.
    Jadi, pastikan kita dapat tidur yang mencukupi. Ini akan dapat membantu kita lebih mudah untuk bangkit bagi mendirikan solat.

  • 6. ‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati

    Peranan minda bawah sedar sebenarnya sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah sangat berkait rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum kita masuk tidur, cuba cakap pada diri kita, samaada cakap dalam hati atau cakap bisik pada diri sendiri, contohnya ‘Esok, aku mesti bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh’.
    Ia mungkin nampak kecil saja perkara ini, tetapi sebenarnya ia memberikan pengaruh yang besar pada minda dan tubuh badan kita.
    Pernahkah kita ada pengalaman seperti ini. Contohnya bila kita kena jumpa seseorang (awek ker, pakwe ker) atau ada meeting penting pada esok pagi pukul 7 pagi. Jadi kita kena bangun awal untuk mandi dan bersiap-siap. Apa kita buat sebelum kita tidur? Bukankah kita akan set kan minda kita, atau niat dalam hati bahawa, ‘Besok pagi, aku kena bangun awal sebab nak jumpa awek/pakwe atau nak kena hadiri meeting penting’.
    Kalau kita memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, kita mesti boleh bangun punya walaupun tidur baru 2-3 jam!

  • 7. Ingat mati
    Bayangkan jika kita mati sebentar lagi atau esok. Di mana kita akan ditempatkan? Apa nasib di kubur nanti? Bagaimana pula pada hari akhirat kelak?

  • 8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan

    Sentiasalah pinta pertolongan dari Allah. Perbanyakkanlah doa. Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”

  • Sekian, begitulah 8 tips yang sempat saya coretkan untuk kita sama-sama amal dalam usaha kita menjaga solat/ibadah kepada Allah. Pastikan juga agar kita dapat khusyu’ semasa solat.

Tazkirah Jumaat

Salam,

Tajuk :
Mati Dengan Mata Terbeliak
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas?” Jawab mereka, “Ya kami melihatnya, ya Rasulullah.” Sabda baginda lagi:”Hal itu terjadi kerana penglihatannya mengikut rohnya ketika roh itu pergi.”

(Muslim)



Huraian
Kehidupan yang singkat di dunia ini amat penting dalam menentukan kehidupan yang panjang di akhirat kelak. Manusia, selain tidak mengetahui hari kematiannya, mereka juga tidak mengetahui nasib akhirnya sama ada mati dalam keadaan “husnul khatimah” atau “su’ul khatimah”, sekalipun amal ibadat dirasakan semakin bertambah. Rasulullah SAW sendiri telah bersabda yang maksudnya:”Dan Dialah Tuhan dan tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dia dengan syurga itu hanya sehasta. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia masuk ke dalam neraka. Dan sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dia dengan neraka itu sehasta sahaja. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia masuk ke dalam syurga.” (Bukhari). Hadith ini memperingatkan kita bahawa tidak ada manusia yang dapat menjamin kesudahan yang baik bagi dirinya. Namun begitu dalam meniti saat-saat kematian, adakalanya Allah SWT menunjukkan kepada hambaNya tanda-tanda baik ("Husnul Khatimah") atau tanda-tanda buruk (“su’ul khatimah”) dalam mengakhiri ajal seseorang. Sebab itulah kita diseru agar sentiasa berhati-hati supaya tidak terjerumus dengan godaan syaitan yang menggoda tidak kira masa sama ada ketika masih hidup di dunia atau semasa menghadapi sakaratul maut. Sesungguhnya mengingati dan menghayati erti kematian adalah satu motivasi diri yang terbaik supaya diri kita menjadi lebih insaf dan tidak leka dengan keindahan dunia yang hanya sementara ini.


Tajuk :
Sekitar Hukum Berkenaan Arak
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Arak ialah setiap yang merosakkan akal fikiran.”

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Huraian
1. Ijmak ulama’ telah menetapkan bahawa meminum arak adalah haram sama ada dengan kuantiti yang sedikit atau pun banyak.
2. Islam juga mengharamkan daripada menjual, membeli, ataupun memperniagakan arak meskipun dengan orang yang bukan Islam. Hal ini tidak terkecuali dengan mengangkut atau membawa serta membuat arak. Hukumnya juga haram.
3. Demikian juga Islam mengharamkan seseorang Muslim menjual anggur kepada orang yang mahu memprosesnya menjadi arak.
4. Majlis-majlis yang berunsur arak juga hendaklah diboikot dan kita dilarang mendampingi peminum arak.
5. Menggunakan arak semata-mata sebagai ubat juga adalah haram dan berdosa. Lain halnya dengan campuran ubat dengan kadar tertentu dari alkohol- contohnya kerana darurat-seperti untuk memelihara sesuatu supaya tidak rosak. Tetapi ia hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
i) Terdapat bahaya yang sebenar ke atas kesihatan manusia jika tidak meminum ubat tersebut.
ii) Tiada ubat lain yang halal untuk menggantikannya.
iii) Ia hendaklah dengan nasihat seorang doktor Muslim yang dipercayai dalam profesionnya dan juga dari segi agamanya. Hal ini kerana prinsip Islam itu berdiri di atas dasar kemudahan, menghindarkan bahaya dan melaksnakan maslahah berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:” Sesiapa yang terpaksa (memakannya) tanpa mengingininya dan tanpa mengulanginya maka tiada dosa atasnya.” (al-Baqarah: 173)

Khamis, Februari 11, 2010

Waspada Jerat Valentine Day



Kempen Jerat V-Day


Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang Islam. Tidak dapat dinafikan bahawa statistik ini menunjukkan kejadian zina semakin berleluasa dan tidak dapat tidak, Hari Kekasih dilihat sebagai salah satu hari daripada hari yang digelar ‘Musim Mengawan’ kepada muda-mudi kita. Sebarkan kesedaran ini., jangan biarkan gejala merosakkan ini.. Mulakan usaha dari anda.... copy dan sebarkan sebanyak mungkin poster kesedaran ini. InsyaAllah banyak pahala... rujuk : (http://urusetialandas.blogspot.com)



Rabu, Februari 10, 2010

HUKUM MENYAMBUT HARI VELANTINE

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

Ø Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum Menyambut Hari Valentine

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.

Diari Seorang Ibu


25 Mei 2009-

Today is my birthday...happy sangat sbb my husband awal2 pg dah wish...kwn2 pejabat...along, imran my niece...siap call kat opis tu nyanyi2...ptg lepas opis hour...husband ajak pi pizza hut kat rawang...tp aku rasa mcm jauh sangat..dia pun penat baru abis final exam...so kami mkn kat tg malim je..

26 Mei 2009 -

bangun pagi je...time nak mandi...aku tgk ada darah...mcm 1st day period...masyaAllah ...aku baru je masuk 32 miggu pregnant (8 months)...gelabah2 call along tp tak angkat...call my sister in law..(x nurse)..dia advice suruh pi hospital...check up..takut uri dok bwh...so aku bergegas ke klinik kesihatan... staff nurse scan...(dr.kursus masa tu katanya)...tak de pape...baby ok...uri dok atas...semua ok...diaorg tak leh detact...aku check pad....still ada darah...so aku ditolak ke Hospital slim river...so bermula le kisah aku berkampung di hospital...dan sejarah masa mengandungkan husna berulang lg...lg sekali aku naik ambulans...terus ditahan di labour room..merasa le di seluk..dikorek. ..papsmear. ..sakitnya hanya ALLAH yg mengetahui.. .

27 Mei 2009-

masih di tahan di wad...tp darah tak keluar lg...mak n bpk bergegas ke tg malim dari air port...diaorg baru je balik bercuti dari Indonesia ... ambik husna, bwk baik tg karang

28 Mei 2009-

aku dibenarkan keluar....baby aku ok...bledding dah tak de...cuma kena refer hospital untuk check up seterusnya oleh dr pakar...cuma dr bg pilihan sama ada aku nak operation or normal delivery...aku nak cuba normal...tp husband aku prefer operation... tak sanggup tgk aku sakit bersalin lama mcm masa bersalin Husna dulu

29 Mei 2009-

berehat di rumah....baru bgtau husband...still bledding...tp aku thik positive...tak de pape kot...panas je bdn...ptg tu, balik tg karang jumpa Husna...rindu sangat kat dia

30 Mei 2009

duduk rumah mak...lepak2. ..ptg tu bwk husna jln2...

31 Mei 2009-

still bledding...tp gagahkan diri berjln ke Tesco Kuala Selangor...untuk final shopping barang baby...beli tilam kekabu untuk baby...untuk dipadankan dgn katil baby yg aku beli dari B, still bledding...sakit2 dah kat ari2....tp gagahkan diri untuk berjln...ptg pkl 5 bertolak balik ke tg malim..masih sakit...

lepas drop adik aku rizal kat komuter rawang...sakit masih menyucuk nyucuk...singgah klinik nabilah untuk scan....kepala baby dah masuk lubang...tu yg buat aku sakit2...balik rumah, mkn2...siapkan brg untuk antar husna ke nursery....sakit kat ari2 merebak ke pinggang.... ooo...ini dah lain mcm...aku bgtau husband, terus aku di bawa ke hospital...husna aku tinggalkan kat rumah pengasuh dia...dan bermula le...kisah aku....

1 June 2009-

aku disuntik ubt matangkan paru2 baby...kerana, baby aku baru berusia 33 minggu 4 hari...di suntik juga ubt penahan sakit...tak bg bersalin lg...rupanya, aku dah nak bersalin...dah buka 2 cm...dr cuba suntik ubat kat aku, tak nak bg bersalin lg...sakitye ALLAH je yg tahu...tp demi baby, aku tahan w'pun aku dah nangis2 masa disuntik tu...esok pg...constraction tak kerap sangat...so aku ditolak ke wad bersalin...menjelan g mlm..sakit tu dtg lg...makin kerap...n kerap...n kerap....nurse check...dah buka 4 cm...makin kerap sakit...di check lg dah buka 6 cm..terus di tolak semula ke labour room

2 June 2009-

sakit....makin sakit...n sakit....dah buka 10 cm...husband aku dtg menemani aku...push.. ..push... .aku teringat pesan along..push masa rasa sakit je...ALHAMDULILLAH, senang sangat bersalin yg ini...aku selamat bersalin dan ALHAMDULILLAH. ..aku dpt baby boy...sangat comel...iras muka imran hakim anak along aku...aku sempat susukan dia...berat dia 2.22 kg (33 minggu)...tp dia kena di bawa ke wad Special Care Nursery (SCN) untuk check up lebih lanjut...aku happy sangat dpt baby BOY...bukan bermaksud aku tak suka dpt Husna, tp aku gembira...aku dpt sepasang anak.... waktu lawat tgh hari, aku sempat jenguk anak aku di wad SCN...dr mengesahkan, anak aku kena rawatan rapi...mungkin ada masalah paru2 or jantung...tp tak sure lg...aku cuba think positive...mungkin sbb anak aku dilahirkan pramatang... tu sbb dr ckp mcm tu...

3 June 2009-

aku jenguk anak aku sorang2 kat wad SCN...masih berwayar...dr. pakar kanak2 mengesahkan kat aku...yg anak aku berkemungkinan menghidap penyakit jantung berikutan ada bunyi di dadanya...mungkin akan di refer ke IJN untuk imbasan jantung...Ya allah...aku sangat risau n susah hati...aku cuba untuk perah susu aku...untuk bg kat anak aku...tp belum ada susu..aku cuba...tanpa putus asa...aku dah boleh discharge dari wad bersalin...tp kena duduk di Wad SCN untuk menemani anak aku...atas perbincangan bersama...suami aku memberi nama pd baby kami...Qaid Ahmadinejad yg bermaksud-Pemimpim/ ketua yang berani menegakkan kebatilan...

4 June 2009-

kami membawa Qaid ke IJN untuk imbasan jantung...Dr. pakar di sana..mengesahkan yg anak kami menghidap penyakit jantung berlubang (tp kecil) dan injap jantung tersumbat... .aku ttp tabah menghadapi dugaan ALLAH ini..aku cuba untuk think positive..selagi ada jln, selagi tu kami akan usaha...janji Qaid sihat...seperti kakaknye Qaisara Husna...Dr. pakar mengesahkan 15 June ini anakku akan di tahan di IJN...untuk minor operation

5 June 2009-

Qaid dah dibenarkan untuk terus menyusu bdn denganku...susuku pun semakinbanyak...ALHAMDULIL LAH....moga dgn susu ku ini..dpt menyihatkan tubuh bdnQaid...dan aku tak putus2 berdoa...

6 June 2009-

Qaid ditukarkan ke wad biasa...buka ICU lg...ini satu pembaharuan. ..tp masih dipasang ubt IV Prostaglandin iaitu sejenis ubt jantung....n aku boleh meneruskan tugasku sebagai seorang ibu...dpt menyusukan dia seperti biasa...

7 June 2009-

Qaid berasa selamat setiap kali aku mendukungnya. ..berzikir. ...beratib. ...makin sihat...

8 June 2009-

lagi 5 hari untuk dibawa ke IJN....5 more days my darling!!... sabar ye sayang ibu...bertahan ye...

9 June 2009-

siang mlm aku habiskan masa di sisi Qaid...

10 June 2009-

aku rindu kat Husna...tp aku tak perlu risau...Husna dah cerdik...dah boleh berdikari... Qaid perlukan ibu lg dekat disisinya... .kakak kena mengalah ye sayang...

11 June 2009-

Qaid makin sihat....berak kencing normal mcm baby lain...aku menjadi penghuni senior di wad SCN...org lain keluar masuk...aku masih ttp di sini...tak pe...demi anakku...aku rela berpantang di hospital

12 June 2009-

mak suruh aku perah susu banyak2...tinggal untuk Qaid...pg2 suamiku dtg ambik untuk balik..bertungku. ..mkn nasi panas...n etc...tp aku tolak...tak sanggup tinggalkan anak aku pg2....biarlah aku tak berapa sempurna berpantang.. ..janji aku ttp berada di sisi anakku...

13June 2009-

2 more days sayang....bertahan ye

14 June 2009-

aku sangat happy hari ni....aku esok aku akan ke IJN...balik rumah tgh tu...packing brg

15 June 2009-

Hari yg dinanti-nantikan. ...pg lg aku dah mandi, bersiap...susukan Qaid kenyang2..sbb aku akan bawa Qaid ke IJN... on the way ke IJN, Dr.caroline dari Hospital SLim River telefon, mengatakan yg nama anak aku tidak di refer ke wad IJN...bg aku ini satu petanda...kenapa berliku liku perjalanan anakku ini...kenapa diaorg careless menjalankan tugas....aku n suami dah uruskan pembayaran anakku untuk di tahan di wad...17 June akan di operation... kenapa diaorg ni teruk sangat...pasal apa susahkan anak aku...berapa lama lg anak aku akanbertahan???? aku nangis tak tentu arah....for the 1st time semenjak anak aku sakit...aku menangis sebegini teruk....

16 June 2009-

atas usaha Dr. Ahmad, Dr pakar kanak2 hospital slim...Qaid dpt juga di bawa ke IJN..tp untuk check up...sama ada boleh di operation atau tak...selepas di Check oleh Dr. Haifa(Dr pakar jantung IJN)...dia ckp Qaid kena tunggu berat naik dulu baru diaorg confident untuk operation... sbb Qaid masih kecil...urat2 dia masih halus...takut terkoyak bila di operation... so aku kena bwk balik slim...untuk tunggu kg dia naik...Dr. ahmad bantu aku n husband...dia order 1 serbuk soya n minyak MCT oil...yg selalunye dia beri kepada baby2 untuk naikkan kg...kalau tanpa bantuan2 semua tu...kemungkinan anak aku naik kg adalah dlm masa sebulan....so lepas di beri beda2 tu...kg Qaid akan naik dlm masa 2 minggu...bermula le episod duka dlm hidup aku...Qaid tak dibenarkan menyusu terus dgn aku...alasan : nanti dia penat..kg dia lambat naik...aku kena perah susu...dan anak aku diberi minum melalui tiub...sangat sedih sbb dia mencari2 susu aku...aku cuba juga untuk bg curi2....tp tiub tu menyebabkan dia tak selesa...

17 June 2009-

masih meneruskan usaha memerah susu untuk Qaid...aku kena sediakan 42 cc susu aku...every 3 hours...

18 June 2009-

susu untuk Qaid dinaikkan ke 44 cc...tanpa Qaid breast feed dgnku...susuku tak berapa banyak keluar...sangat buat aku susah hati

19 June 2009-

berat Qaid naik ke 2.395 kg...ALHAMDULILLAH

20 June 2009-

susu untuk Qaid dinaikkan ke 48 cc...Ya ALLAH...permudahkan lah urusan kami...perbanyakkan le susu ku..demi kesihatan anak ku Ya ALLAH!!!

21 June 2009-

susu untuk Qaid dinaikkan ke 50 cc...aku cuba minum air banyak....mkn lobak putih...minum susu anmum...minum sangat banyak...takkisah kalau urat aku kembang atau perut aku buncit...demi Qaid...aku rela...Demi kesihata anakku

22 June 2009-

masih di Wad SCN...menemani annakku...makin tembam...makin chubby...pg nibila ditimbang berat....berat Qaid naik ke 2.44 kg....alhamdulillah ...Qaid.. .bertahan ye...4 kg lg sayang...

23 June 2009-

susu Qaid dinaikkan ke 55 cc bersamaan 2 auns...aku tak putus asa..terus memerah susu setiap 3 jam sekali...demi annakku...Qaid Ahmadinejad

24 June 2009-

pg ni, Qaid masih aktif mcm biasa....nangis bila disalin pampers...tp dia mmg baik..tak banyak ragam...tak kuat nangis mcm baby lain...senang jaga..senang bersalin...

11.30 pg- aku baru perah susu Qaid...tgh tunggu nak bg susu...tiba2, SP02(deyutan nadi) dia menjunam dari 90 lebih ke 5..aku jerit panggil staff nurse....terus refer dr....dr buat CPR pada annak ku yg masih kecil ini...terus dia nangis mcm biasa.... tgh hari tu, Qaid di masukkan ke ICU baby....katil mula2 dia lahir...untuk pemerhatian rapi... aku dimaklumkan oleh Dr., sekali lg perkara ni terjadi masa aku mkn tgh...dan dr buat CPR lg pd anakku...dan mereka mengambil keputusan untukmemakaikan Qaid oksigen untuk bantuan bila dia berhenti bernafas lg...akusangat risau..Ya ALLAH...selamatkan lah ANAKKU...jauhi le dia dari bahaya...sembuhkan lah anakku ya ALLAH ptg tu perkara ni jadi lg buat kali ke 3...3 kali mereka membuat CPR ke atas anakku...

25 June 2009-

aku tak nak tinggalkan Qaid...tp staff nurse suruh aku rehat...suruh tido..diaorg ada tunggu Qaid katanya...aku pun tido di bilik sebelah anakku...menjelang pkl 3 pg, nurse kejut aku...bgtau suruh perah susu...n di maklumkan perkara siang td jd lg sekali...dah aku tak tido terus bermula pkl 3 pg itu...untuk menemani anakku....aku takut perkara tu terjadi lg...aku dimaklumkan oleh dr., CPR dah diber sebanyak 4 kali untuk anakku...dan itu tak bagus untuk seorang baby...jika dia survive pun...katanya, kemungkinan dia akan cacat...sbb oksigen dia kurang...dia tak lawan...dia bergantung pg oksigen tu..aku risau...sangat risau

pkl 8 pg- perut Qaid membesar...dr mengesahkan ada kuman di perutnya...tak tau punca dari mana...aku bingung...kenapa tidak terjadi pd baby2 org lain..kenapa anakku....Qaid sakit jantung...kenapa tak jd kat baby2 yg sihat2 yg lain...kenapa mesti anakku yg kena..Qaid di suruh berpuasa...tak dibenarkan menyusu..masuk 2 hari aku tak dengar suaranya semenjak di pakaikan tiub oksigen itu...ya ALLAH...ujian apakah yg KAU uji terhadapku.. ..adakah kerana dosa2ku yg lalu perkara ni di uji ke atasku..kenapa mesti anakku yg menjadi mangsa??kenapa ya ALLAH....Qaid menangis tak dengar suara...tp hanya air mata yg keluar yg sangat menghibakan hati ku.... menjelang ptg..aku minta untuk balik kerumah sebentar...untuk rest, pkl 8, dr caroline call...suruh aku n husband ke hospital segera... kami disahkan yg tekanan darah anak sangat rendah....sebarang kemungkinanbakal berlaku...dan kami di benarkan duduk menemani anak kami...masuk 2 mlm aku tak tido ...aku sangat takut...takut dia pergi tanpa ibunya di sisi....Qaid. ..bertahan nak...bertahan sayang...ibu ada teman Qaid...

26 June 2009-

pg Jumaat....aku tak tido semalaman, menemani Qaid...aku sangat takut dengan sebarang kemungkinan yg bakal berlaku...aku tak mkn, tak mandi...terus menemani Qaid...sampaikan kwn2 yg dtg menjenguk kami di waditu pun aku tak pedulikan..aku tak nak berganjak walaupun sekejap...aku takut Qaid pergi meninggalkan aku bila aku tak de disisinya... aku nak sentiasa menemani anakku...puas di pujuk oleh suamiku untuk berehat sebentar, tp aku tak peduli...aku tak nak... menjelang tgh hari, Dr. Caroline memberitahu kami...anak kami sangat lemah...bergantung sepenuhnya pd mesin oksigen..dia tak fight langsung katanya...dlm hatiku..mcm mana dia nak fight, kalau di cucuk ubat bergelen gelen...babyku pramatang... masih dlm hari..mana dia mampu n sanggup menanggung bergitu banyak antibiotik yg masuk ke bdnnya...even org tua sekali pun tak sanggup terima...babyku masih kecil..antibody dia sangat lemah!!!!Dr caroline berkata..."BERSIAP SEDIA DGN SEBARANG PERKARA YG BAKAL BERLAKU....KAMI CUBA SELAGI TERMAMPU, EVEN QAID SURVIVE PUN, KEMUNGKINAN DIA MENGALAMI KECACATAN... aku tak kisah, cacat ke...sumbing ke walau mcm mana pun anakku alami, aku terima...aku bela dia...aku tak sanggup dia tinggalkan aku... tp aku tak nak tunjuk kesedihan aku depan suamiku, aku hanya mampu berkata pd suamiku 'BANG, APA PUN YG BAKAL TERJADI..KITA REDHA"...w'pun mulutku berkata bergitu...hati ku menafikannya. ...Qaid.. .bertahan nak...ibu ada teman Qaid bpk dan ibuku dtg melawat...membawa bekalan untukku, airmata ku tak mampubertahan.... aku nangis sepuas puasnya...aku meluahkan apa y terpendam di hatiku pd kedua org tuaku...ibuku hanya menasihatiku, berdoa...berdoa. ..pelbagai surah diberi utukku lafazkan di ubun2 anakku...di telinga anakku...bpkku berkata, sabar...ini dugaan allah...alah nak uji awak...even anak awak cacat sekali pun, kalau awak dan azrol tak mampu nak bela, kami sanggup bela....beri pd kami...bpk, mak...mulia sungguh hatimu.... aku ttp menunggu...dan menunggu di sisi anakku...sayang, ibu ada di tepimu..menemani Qaid...Qaid jgn bimbang...ibu ada...Qaid jgn takut...ibu teman Qaid...tp hati seorang ibu, tak sanggup tgk anaknya di perlakukan sedemikian rupa..diinject sana sini....tak cukup kaki tangan, betisnya pula di cucuk...di ambil darah..Dr.ckp, puan, darah anak puan tak cukup....aku rela mereka menambah darahku....ambil le sebanyak mana...asalkan anakku selamat...

ptg, Dr. pakar kanak2 dtg menjenguk... dia memaklumkan pd kami...kuman itudah merebak ke ginjal anakku...anakku tak kencing..tak berak..perut makin membesar...kulit makin menipis..merah2 dah ketara di bahagian perut...ya allah....aku bermohon kepadamu...aku REDHA kau ambil nyawa anakku..jg lahdi biarkan anakku di seksa sedemikian rupa...jika ada kesalahan ku, kesalahan suamiku...biarlah kami yg menanggung dosa yg kami lakukan...tetapi jgn le anakku yg menjadi mangsa...aku bagaikan hilang pedoman....hilang kewarasan... pabila melihat anakku sedemikian rupa...

Dr. pakar membuat keputusan untuk di adakan minor operation untuk menebuk sedikit lubang di perut anakku...untuk melihat sama ada ususnya telah pecah (yg mengakibatkan perutnya membesar) atau asid...atau dpt mengurangkan kekembungan bayiku itu... aku terus berada di sisi Qaid...membaca ayat2 suci, pelbagai doa...untuk kekuatan anakku...aku menjadi kuat semangat, berfikiran positif..yg anakku bakal sihat kembali..selagi ada cara...selagi tu aku terus berfikiran positif..aku tahu anakku kuat...jika ibunya kuat...air susu yg mengalir pd anaknya membuatkan anaknya menjadi kuat...aku terus berada disisi Qaid, dia memberi respond padaku...kakinya diangkat-angkat. ..aku terus mengusap pipinya...aku lihat airmatanya mengalir...matanya terbuka...rupanya dia menangis...aku usap lg pipinya..mulutnye bergerak gerak...rupanya anakku lapar..dia nak susu...bila ku suarakan pd nurse...Dr. tak bg, anakku kena puasa...sedihnya la hatiku..hibanya rasa...Qaid. ...ibu tak berdaya sayang....adik sakit...kalau ibu bg juga...nanti perut adik tak leh menerima...ibu tak mampu sayang... menjelang mlm...pkl 10.30, sebelum Dr. Ahmad dtg, anakku putus nafas sekali lagi...Dr. Sumi membuat CPR pada anakku...aku terus keluar dari wad NICU itu kerana tak sanggup melihat...sedangkan org tua pun di buat CPR kita rasa sakit..inipula baby kecil...dlm hari..masih dlm pantang..yaALLAH...berilah kekuatan pd ku...suamiku terus membaca yassin di sisi anakku...jantungnya semakin lemah..tekanan darah mula tak stabil...CPR yg di lakukan kali ini...begitu lama di bandingkan dari hari2 sebelum ini...bila keadaan dah stabil, Dr. Ahmad terus membuat minor operation pd anakku...kemudian. .setelah selesai, dr. ahmad menunjukkan pd suamiku...bahawa. ..usus anakku elok, yg keluar hanya darah dan air sahaja...aku bersyukur... bersyukur kerana tiada apa2 yg berlaku pd organ anakku... selepas Dr. Ahmad membuat minor operation pada anakku...anakku putus nafas sekali lg...Dr. Ahmad dan Dr2. yg lain terus membuat CPR pada anakku..aku tak masuk ke bilik itu...tp terus melihat dari luar...kemudian, dr. sumi dtg kepadaku...MAK. ..TAK NAK MASUK KE TGK??...aku ckp...nanti Dr., saya tak sanggup tgk anak saya dilakukan mcmtu...tak sampai hati... kemudian...aku lihat, suamiku menangis...menangis tak henti henti...aku terus berlari ke arah suamiku...kemudian aku duduk di sisinya...Dr. Ahmaddtg kepadaku...dia ckp, KITA DAH BUAT CPR PD BABY SEBANYAK 6 KALI...TAK ELOK UNTUK BABY, DIA SEMAKIN LEMAH...KITA CUBA SEDAYA UPAYA...TP DIA TAK RESPOND...IBU BOLEH CUCI TANGAN...DUDUK DEKAT ANAK...BOLEH PEGANG DIA...aku terus membasuh tanganku...dan aku ttp mengatakan pd suamiku...BANG, KITA REDHA...REDHA DGN UJIAN ALLAH...kemudian, aku terus pergi pada Qaid....mencium dia tanpa henti...melafazkan kalimah syahadah padanya...membaca ayat2 lazim pdnya...membaca doa nabi yunus pdnya...kemudian. .aku tgk Dr. terus menanggalkan mesin dan wayar2 yg melekat di bdnnya...kenapa Dr???Dr. ahmad terus menggeleng.. ..Ya ALLAH....Qaid. ..anak ibu, kenapa tinggalkan ibu..ibu tak sanggup nakkkk....aku seperti hilang akal...hilang kewarasan aku....Qaid. ...ibu sayang Qaid...kena tinggalkan ibu sorang2..ibu tak sanggup nak...Qaid.. .kenapa kuman tu kena kat Qaid..kenapa tak pd budak2 lain yg sihat2...anak ibu sakit jantung...kenapa anak ibu yg kena...Ya ALLAH.....kenapa ambil anakku dari ku..kenapa tak ambil aku sekali???Qaid. ......... . aku terus pengsan....lemah. ...adakah ini hanya mimpi...adakah ini hanya gurauan semata mata...Ya ALLAH....berat sungguh ujian mu ini....aku tak mampu untuk berkata apa..hanya air mata yg mengalir tanpa henti...berat sungguh ujianmu ini ya ALLAH...berilah aku kekuatan ya ALLAH... suamiku mula menelefon ahli2 keluarga kami...memberitahu ttg berita pahitini...ramai yg cuba menghubungi ku...tp aku begitu lemah untuk menjawab..terlalu pahit dugaan ini...ibu mana yg sanggup berpisah dengan anaknya...tiada sapa yg mampu berada di tempatku ini..

menjelang pkl 1.30 pg..kakak iparku (kak ida) dan abg wan sampai...aku terus terusan menangis...tak sanggup rasanya menerima hakikat ini...adakah aku bermimpi...atau ini hanya mainan tidurku...ku cubit cubit lenganku..ku ketuk ketuk kepalaku...betulkah semua ini...ya...hakikatn ya mmg benar....ini adalah realiti..bukan mimpi...aku harus menerima dugaan ini dengan tabah...tp aku menafikan... .aku redha....tp aku tak sanggup meniti hari-hari berpantang aku tanpa Qaid disisi..mcm mana keadaanku nanti..ya allah...kuatkanlah semangatku.. .aku begitu lemah sekali...

Jenazah Qaid dikafankan di hospital...sebelum kami berangkat ke rumah mayat, aku dibenarkan untuk melihat jenazah anakku...Ya ALLAH...anakku seperti tidur...senyuman dibibirnya.. ..begitu comel wajah anakku..begitu tenang sekali dia pergi dijemput ilahi...Ya ALLAH...besarnya rahmatmu ini...aku bersyukur... anakku pergi meninggalkan aku...aku sayang padanya...tetapi ALLAH lg menyayangi nye...aku tak perlu khuatir...Qaid akan dijaga oleh ALLAH..walaupun aku tak sanggup menerima dugaan ini...aku REDHA Qaid pergi...aku cium..cium.. cium jenazah anakku tanpa henti...

sebelum kami berangkat dari wad SCN...aku peluk rakan2 kenalanku di wad itu...moga dugaan yg menimpaku ini..dijadikan sebagai kekuatan diri mereka agar jgn mengeluh menjaga anak mereka yg sedang sakit di wad itu...sempat aku berpesan...kuatkan lah semangat korang...aku tak pernah berputus asa berusaha menyembuhkan anakku Qaid...sehingga nyawanya di jemput ALLAH...aku kuatkan semangatku.. .dari mula aku menerima berita Qaid sakit...sampai le ke hujung nyawanya...aku tak pernah mengabaikan dirinya...meninggal kan dirinya kesorangan.. .jdkanlah kisah aku sebagai kekuatan korang.... ku lihat..semua staff nurse menangis...dr. sumi pun begitu..aku ucapkan terima kasih di atas layanan mereka sepanjang aku dan Qaid berada di bawah jagaan mereka.. ku turut anakku sehingga ke rumah mayat...di mandikan

jenazah...dikafanka n..semua dilakukan oleh suamiku....aku begitu lemah...adik2ku menangis tersedu sedu kesedihan pabila melihat jenazah sekecil itu...begitu suci...tersenyum. ..putih bersih...ya ALLAH...berilahkekuatan ke atas ku....rahmatilah pemergian anakku ini ya ALLAH

menjelang pkl 2 pagi...kami sampai di rumah...mak dan mak mertuaku, adik2iparku telah menyiapkan segala kelengkapan. ..jenazah anakku diletakkan diatas tilam kekabu yg ku beli khas untuknya...untuk dipadankan dengan katil baby yg kubeli dari B, sayu hatiku....sayu sangat...melihat segala pakaiannya.. kelengkapannya. ..yg tak pernah di usik..dipakai lg...mcm manaagaknya diriku nanti...mengadap segala brg2 keperluan Qaid...mak menangis...begitu juga mertuaku...aku begitu lemah...aku baring di sebelah anakku Husna...ku peluk anakku...husna, hanya tinggal husna sebagai kekuatan ibu meneruskan kehidupan ibu...husna jd anak yg baik ye...adik husna dah takde...husna tak sempat tgk Qaid...hibanya rasa hatiku ya allah...

along sampai, terus mengurut bdnku...urut kepala ku..urut kakiku...kemudian, dia menyertai ahli keluarga yg lain..mengaji untuk jenazah anakku... suamiku membuat keputusan untuk menyemadikan jenazah anak kami di tanjungkarang...bpk menguruskan segala keperluan di tg karang dengan wak leman...kemudian, mak, ajip, ijal along n family meneruskan perjalanan ketg karang...aku dan yg lain2 akan bertolak selepas subuh...menunggu ahli keluarga suamiku dari kedah..

sesudah subuh, kami bersiap..hatiku pilu..hiba.. .pabila merasa susuku bengkak..bengkak sangat...ya ALLAH...Qaid haus....Qaid nak susu...aku memerah susuku tanpa bantuan pam, begitu banyak susu ini...tapi aku ralat...Qaid tak sempat menyusu buat kali terakhir...hiba sungguh hatiku...ibu mertua ku memelukku n menenangkan hatiku...aku pilu..pilu bila melihat jenazah anakku di hadapan mataku...betul. .ini bukan mimpi..tp kenyataan..aku harus hadapi...husna bangun dari tidur, eh...adik dah balik....eh adik tidur???kakak. ....adik kakak dah tak de...terlalu pahit air liurku untuk memberitahu husna bahawa adiknya telah di jemput ilahi...paham kah dia ttg kehilangan adiknya??

kemudian...selepas subuh, selepas kehadiran jiran2 tetanggaku melihat jenazah....kami bertolak ke tg karang...sedih hatiku bila melihat satu-satunya kawanku dtg...B, anak aku dah takde...anak aku dah dijemput

ilahi...tinggal aku sorang b....B peluk aku, menenangkan hatiku....sabar. ..sabar jie...ni semua dugaan allah...ko beruntung sbb ada anak kau yg menunggu ko di syurga nanti...sedihnya hatiku menerima hakikat ini....kemudian, dtg jiranku yg paling rapat denganku..kak mas, aku peluk kak mas...kak mas, saya dah lama nak anak lelaki...tp sekejap je allah pinjamkan pd saya...sabar jie...sabar. ..ini semua dugaan...air mataku dah kering....dah kering untuk menangis lg...hati aku pilu...hiba. .sedih... tp air mataku tak mampu lg untuk keluar...

kami meneruskan perjalanan kami ke tg karang..sepanjang jln, tak putus-putus sahabat2 n kenalan2 sms...mengucapkan takziah...antara banyak2 sms yg aku terima...aku begitu tenang pabila membaca sms dari ustaz nasir, rakan kerjaku di FSSK...JIE, QAID TU

KETUA...PEMIMPIN. ..INSYAALLAH, DIA AKAN MENGETUAI UJI DAN SUAMI DI SYURGA

NANTI...amin. ...amin.. .ya rabbal alamin..

Sampai di tg karang...aku disambut oleh along...aku diminta berehat di dlm bilik...mak bg aku mkn...pahit sungguh air liurku ini...aku tak mampumenelan apa2 sahaja....aku tak mampu....kemudian, rumah ayahku ini dipenuhi oleh ahli keluarga..kenalan. .sahabat2 handai...kemudian, aku diminta untuk mencium jenazah Qaid buat kali terakhir.... aku berjalan ke aras jenazah...jenazah anakku seperti tidur....aku terlupa bahawa anakku sudah meninggalkan aku...aku cium anakku...cium tanpa henti...kemudian, secara tiba2...aku berzikir pd jenazah Qaid...SUBHANALLAH. ..WALHAMDULILLAH ..WALAILA HAILLALLAH WALLAH HU AKBAR...zikir yg selalu aku ratibkan pd qaid bila dia menangis...mengigau ....ya allah...anakku hidup lg..dia cuma tido..tido seperti hari2 biasa....tido selepas mandi..selepas di beri susu...ya ALLAH...jgn ambil anakku....Qaid, ibu sayang Qaid..jgn tinggal kan ibu nak..mcm mana keadaan ibu nanti tanpa Qaid....Qaidddddddd dddddddddd. .....

jenazah anakku di kebumikan di sebelah kubur arwah opah....betul2 di tepikubur arwah opah...aku bersyukur... .sekurang kurangnya Qaid tak sendiri...nyang ada menemani Qaid..

Ya ALLAH, Aku REDHA di atas ujianmu ini...Aku REDHA ya ALLAH...kau limpahilah rahmatmu ke atas roh anakku ya ALLAH...lindungilah Qaid ya ALLAH....jagalah Qaid di sana ya ALLAH...lindungilah dirinya ya ALLAH...berilah kekuatan ke atasku ya ALLAH...aku masih ada husna dan suamiku, tetapi Qaid sorang2 di sana ya ALLAH...temanilah anakku ya ALLAH....jgn dibiarkan dirinya kesorang ya ALLAH...selama ini aku tak pernah biarkan dirinya kesorangan.. ..aku REDHA ya ALLAH...aku REDHA....kerana kau lebih menyayangi anakku dariku...

Qaid, ibu sayang Qaid...sayang sangat kat Qaid..w'pun Qaid hanya dipinjamkan sekejap kepada ibu...tp ibu bertuah sangat..dpt susukan Qaid,jaga Qaid siang dan malam...cium Qaid tanpa henti...bacakan surah, ayat-ayat lazim, doa dan zikir tanpa henti pada Qaid...Qaidlah anugerah yg amat berharga pada ibu..w'pun hadirmu hanya sekejap nak...tp Qaidlah anugerah yg tak ternilai dari ALLAH untuk ibu...tunggu ibu di syurga ya nak..doakan ibu kuat, kuat mengharungi hari2 pantang ibu tanpa Qaid...kesian kat kak husna nak...terbiar tanpa kasih ibu..bukan ibu tak sayang pd kakak...tp ibu lemah...lemah dengan kehilangan Qaid...doakan ibu ye nak...doakan ibu..semoga ibu kuat...ibu takkan lupakan Qaid...ibu akan sentiasa mendoakan Qaid...begitu juga abah...kehilangan Qaid merupakan satu tamparan pada ibu dan abah...ibu ingat ibu lg kuat dari abah...tp rupanya ibu sangat lemah menerima berita ini....

Qaid...hadirmu adalah anugerah ALLAH yg tak ternilai pd ibu nak....ibu sayang Qaid...ibu halalkan susu ibu...ibu minta maaf kalau selama ini jagaan ibu pada Qaid tidak sempurna nak...ibu sayang Qaid...

QAID AHMADINEJAD 2 JUN - 26 JUN 2009-IN LOVING MEMORY

ibu, abah dan kakak husna sayang Qaid