
Aku Dan Tinta Jemariku
Aku menulis mengikut normaku selagi jemari ini lincah bermain di atas kekunci tiada yang boleh menghalang...
Isnin, Ogos 09, 2010
Selasa, Ogos 03, 2010
AKU,KAU BERBEZA BACA DGN TELITI,HAYATI DI DLM HATI
AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA... |
Jumaat, Mac 19, 2010
Tazkirah Jumaat
Otak Kecil, Penyelesai Masalah Besar
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: "Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?" Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik.." (Surah a-Baqarah: ayat 26)
Ayat di atas adalah salah satu dari ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang serangga, makhluk Allah yang sangat kecil, tetapi banyak pengajaran dan kebaikan yang boleh dimanfaatkan oleh manusia di dalam kehidupan ini.
Mari kita lihat kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji Barat tentang kehebatan serangga, yang hanya mempunyai otak yang kecil tetapi boleh menyelesaikan urusan yang besar. Subhanallah! Pelbagai kajian menunjukkan ada serangga yang boleh mengira, mengklasifikasikan objek dan juga boleh mengenal muka-muka manusia - kesemuanya dengan menggunakan otak yang sebesar kepala jarum peniti.
Serangga ibarat sebuah mesin ringkas yang berinteraksi dengan keadaan sekeliling malah boleh mengubah cara interaksi berdasarkan situasi dan keadaan pada waktu tersebut.
Lebah madu sebagai contoh, boleh mengenal sesuatu bentuk sama ada bentuk tersebut bersifat simetri atau tidak. Lebah juga boleh mengenal pasti objek berdasarkan konsep ‘sama' atau ‘lain' serta mengetahui untuk berhenti terbang selepas beberapa ‘landmark' tanpa perlu bergantung kepada jumlah jarak perjalanan.
Lebah juga boleh menyengat, mencari makanan, menjaga sarang dan mengipaskan sayap mereka untuk menyejukkan sarang dan banyak lagi sifat-sifat unik yang tidak pernah terlintas di fikiran kita. Sebahagian daripada kita mungkin berasa takjub memikirkan bagaimana otak yang kecil ini yang hanya mengandungi jumlah neurons yang sedikit berbanding otak manusia mampu untuk melakukan semua ini.
Malah saintis Barat menjadikan lebah sebagai model untuk merekacipta perisian yang dapat mengenali muka manusia (face recognition) dari pelbagai sudut, jarak dan tahap emosi. Sesuatu yang boleh dilakukan oleh serangga bernama lebah tetapi belum tentu mampu dilakukan oleh perisian yang tercanggih pada hari ini.
Ramai antara saintis terdahulu beranggapan bahawa otak yang lebih besar mengandungi jutaan neuron yang berkadar langsung dengan kebijaksanaan. Lebih banyak neuron, maka lebih bijaklah organism tersebut. Walau bagaimanapun, kajian telah membuktikan keupayaan otak tidak berkadar langsung dengan saiz otak. Otak ikan paus yang seberat 10 kg dan terdiri daripada 200 billion neuron tidaklah lebih bijak berbanding otak manusia yang hanya seberat 1 kg dan hanya terdiri daripada 85 billion neuron.
Hal ini kerana, kadangkala otak yang besar hanya untuk melengkapkan tubuh badan yang besar bagi mengawal otot, deria dan sistem-sistem badan yang lain tetapi tidak memberi manfaat dari segi kecerdikan (intelligence). Seperti sebuah komputer, penambahan saiz mungkin akan menambah kapasiti penyimpanan (storage), kelajuan serta menambah keupayaan untuk melaksanakan program. Namun pada masa sama hal ini memerlukan tenaga yang banyak untuk menyokong ‘otak yang besar' tersebut.
Sebagai kesimpulannya, marilah kita sama-sama bermuhasabah tentang otak dan akal yang telah Allah anugerahkan kepada kita. Adakah kita telah betul-betul menggunakannya pada jalan kebaikan. Adakah ia telah digunakan untuk mengenali Pencipta yang Maha Esa? Atau ia sekadar menjadi otak yang besar yang hanya menyokong tubuh kita? Adakalanya, kita sememangnya lemah jika dibandingkan dengan makhluk Allah yang kecil, hatta seekor lalat....
"Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah." (Surah al-Hajj: ayat 73)
Rabu, Mac 17, 2010
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah
|
Rabu, Mac 10, 2010
Tarikh peristiwa tanda dunia akhir zaman (kiamat dah dekat)
(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"
(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"
(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"
(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"
(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"
(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"
(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"
(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"
(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"
(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"
Adakah KIAMAT sudah hampir????
Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!
Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..
22 Tanda Kiamat Semakin Hampir
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
Dunia Di Penghujung Nyawa
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim
~ dah nampak dah...
3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'.
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah
~
4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..
~ memang dah nampak dah...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...
10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok....
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim
~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan
13) Negara Arab menjadi
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi
~
TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!
Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:
'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'
PENGERTIAN MAKSUD IMAN
- DARI SEGI BAHASA :
Yakin Dan Percaya
- DARI SEGI ISTILAH :
Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan
BERAMAL DENGAN ANGGOTA
"Jangan setakat membaca tapi
Jumaat, Mac 05, 2010
Detik akhir
Detik Akhir
Apabila kita menerima voucher yang bertulis "Sakratulmaut" yang dibawa terus oleh petugas khusus dari kalangan malaikat bernama Malakul Maut, ini bermakna kita sedang berada pada tahap terakhir dari perjalanan kita di dunia dan di tahap awal memasuki penginapan baru yang bernama "Barzakh".
Seperti yang sudah dijelaskan sebelum ini, untuk memasuki penginapan yang baru tersebut kita terlebih dahulu mesti membuka pintu masuknya.
Nah, pintu masuknya itu bernama "Kematian". Ya, Kematian...Itulah fasa yang mesti kita lalui setelah melalui fasa "Sakratulmaut" .
Dengan kematian itu kita berhak mendapatkan tempat diAlam Barzakh.
Kematian adalah sesuatu yang ditakuti ramai orang. Walaupun pada kenyataanya, tidak ada seorangpun yang dapat menghindarkan diri atau lari dari kematian itu walau siapapun dia, rajakah dia, presidenkah dia, peniagakah dia, jeneral berbintang limakah dia, di mana dan bilapun mereka berada. Mereka pasti mati.
Selama mereka memiliki nyawa, pasti akan mengalami kematian. Perkara ini telah menjadi ketentuan dan kehendak Tuhan Pencipta sebagaimana di jelaskan-Nya dalam ayat-ayat berikut :
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati..." (QS Ali Imran : 185)
"Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh." (QS An-Nisa' : 78)
Kematian sudah ditentukan bagi setiap yang bernyawa. Kematian tidak perlu dicari kerana ia yang mencari setiap yang bernyawa.
Kematian tidak boleh diwakilkan, dipindahkan atau diambil alih oleh yang tidak berhak kerana petugas kematian, iaitu Malakul Maut yang diberikan tugas khusus menguruskannya belum pernah dan tidak akan pernah menerima sogokan kerana semua Malaikat melakukan semua apa yang diperintahkan oleh Allah kepada mereka tanpa sedikitpun penyelewengan apalagi manipulasi, seperti yang Allah jelaskan :
"Katakanlah: "Malaikat maut yang diserahkan untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan. " (QS As Sajdah :11)
Demikian juga, bahwa kematian akan datang pada saatnya atau ketika ajal (batas)nya habis. Kematian tidak boleh diundurkan walau barang sedetik. Tidak sedikit orang yang mencuba untuk mengundurkan kematian, tapi usahanya gagal dan sia sia belaka kerana kematian adalah pintu masuk tempat tinggal sementara ketiga kita, iaitu Alam Barzakh.
Maka, kita pun mesti memasukinya kerana rentang waktu menginap di dunia sudah habis serta tempat kita di dunia sudah di "booking" oleh Malaikat untuk penghuni lain selain kita.
Allah telah mengingatkan kita tentang perkara ini dan apa yang perlu kita lakukan sebelum kematian (maut) itu menjemput kita, seperti yang tercantum dalam firman-Nya :
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Barang siapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Tuhan Penciptaku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh?" Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan " (QS Al-Munafiqun : 9 - 11)
Voucher "Sakratulmaut" sudah diberikan dan pintu Alam Barzakh yang bernama Kematian sudah dibukakan. Maknanya, "Sakratulmaut" adalah suatu kenyataan yang harus kita lalui.
Keberadaannya adalah sebuah kebenaran. Maka yang menjadi perhatian kita sesungguhnya bukanlah Kematian itu kerana Kematian itu adalah kehendak Tuhan Pencipta dan Pemilik alam semesta ini. Tidak ada pilihan lain bagi kita dan mustahil kita mengelakkan diri darinya. Suka atau tidak suka, kita pasti melaluinya pada waktu yang sudah ditetapkanNya.
Di samping itu, Kematian adalah yang mengakhiri dan menutup semua pintu kenikmatan, ikhtiar, pilihan, aktiviti dan bahkan doa kitapun sudah tidak diperkenankan.
Kita hanya akan menikmati hasil karya, ikhtiar, pilihan dan doa yang telah kita lakukan semasa kita tinggal di dunia, tempat penginapan kita yang kedua. Itupun dihitung setelah kita dewasa dan di atas pilihan kita sendiri, bukan kerana paksaan, lupa atau ketiduran.
Subhanallah! !! Alangkah besarnya kurniaan dan kasih sayang Allah pada kita semasa kita di dunia. Kurniaan yang sudah disiapkan-Nya untuk kita di Alam Barzakh dan Akhirat sungguh jauh lebih besar dan lebih baik lagi.
Bersiap sedialah kita sebelum kita dijemput Kematian (Maut) yang waktunya Allah rahsiakan. Ia boleh datang ketika ini, satu saat selepas ini, satu minit selepas ini, satu jam selepas ini, satu hari selepas ini, satu minggu selepas ini, satu bulan selepas ini atau satu tahun selepas ini dan seterusnya.
Sebelum Kematian menjemput kita, cubalah gunakan kecerdasan kerohanian, emosi dan daya berfikir yang Allah berikan kepada kita untuk menangkap rahsia di sebalik Kematian itu. Lalu, tanyalah diri kita secara jujur di sekitar pertanyaan-pertanya an berikut :
1. Siapakah yang menghadirkan kita ke dunia ini?
2. Apakah kita sudah mengenal Tuhan Pencipta kita dengan baik?
3. Apakah kita sudah mengenal Kitab Petunjuk kehidupan (Al Quran) yang diturunkan-Nya untuk kita?
4. Apakah kita sudah mengenal seorang manusia bernama Muhammad Bin Abdullah saw yang diutus-Nya untuk menjelaskan isi Kitab Petunjuk kehidupan tersebut?
5. Apakah kita akan hidup di dunia ini selama-lamanya?
6. Tidak cukupkah kematian manusia yang kita lihat setiap hari di atas muka bumi ini dengan berbagai sebab seperti gempa bumi, tsunami, angin taufan, banjir besar, peperangan, sakit jantung, selsema babi dan bahkan ada yang tidak sakit sama sekali, menjadi pelajaran berharga bagi diri kita dan kita juga pasti akan mengalaminya di mana persoalannya hanya batas waktunya?
7. Bagaimana pandangan kita terhadap kehidupan dunia ini?
8. Bekalan apakah yang sudah kita siapkan untuk menghadapi kehidupan setelah kematian?
9. Apakah kita sudah membuat penilaian dan pertimbangan terhadap aktiviti kehidupan kita selama ini samada berada di atas jalan yang Allah kehendaki atau tidak?
Demi Allah, kita semua akan mati. Itu adalah kepastian yang tidak ada keraguan di dalamnya. Kematian adalah khabar yang paling boleh dipercayai yang tidak dinodai oleh syak wasangka sedikitpun.
Demi Allah, ia pasti datang dan tiada tempat lari darinya. Tiada yang dapat mencegahnya. Ia datang dengan tiba-tiba. Ia tidak pernah mengetuk pintu rumah kita Ia tidak pernah datang meminta izin kepada kita terlebih dahulu. Ia sentiasa dekat dengan setiap orang. Ia adalah janji yang diberikan pada kita dan setiap orang. Semua manusia akan merasakan kedahsyatan maut yg akan membuat warna jari memucat.
Wahai pemilik kematian, mengapa kau perturutkan jiwamu mencari kesenangan yang fana?
Maut akan merobek baju dan memisahkanmu dari kesenangan. Mengapa kau hancurkan badanmu untuk meraih kesenangan yg sedikit?
Firman Allah, " Katakanlah: ‘Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar sahaja." (QS Al Ahzab : 16)
Apakah kita mempunyai ubat penangkal maut? Apakah kita memiliki tempat berlari darinya atau dia akan berpaling menghindarkan diri dari kita? Apakah kita tidak tahu bahwa kematian tidak mengenal yang kecil dan dewasa, yang kaya dan yang miskin, yang kuat dan yang lemah. Ia juga tidak tahu mana yang mulia dan mana yang hina?
Berapa banyak orang yang mulia dihinakan oleh kematian. Di atas kepalanya ada bendera yg disembunyikan.
Allah SWT berfirman, "Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata, `Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yg dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan termasuk orang-orang yang soleh?.' Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kemtaiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yg kamu kerjakan." (QS Al Munafiqun : 10 - 11)
Kita tidak kekal hidup di dunia ini. Apakah kita yakin bahwa diri kita akan hidup kekal di dalamnya? Apakah kita tahu, setiap hari ada orang mati diusung, entah keluarga terdekat, sahabat handai atau jiran tetangga kita. Mengapa mereka tidak pernah kembali lagi?
Sungguh menakjubkan seseorang yang mengganggap bumi tempat tinggalnya dan berusaha keras meraih puncaknya. Cukuplah seseorang diingatkan dengan dekatnya kematian. Yang akan menjadikan tanah sebagai teman pendampingnya.
Wahai pemilik kematian, Allah SWT telah mentakdirkan kematian dengan ketetapan yg tidak akan pernah berubah. Lalu, apakah kita dapat mencegahnya?
Kita mungkin mencuba minum ubat atau mendapatkan vaksin untuk menyembuhkan suatu penyakit. Namun, adakah ubat yang menyembuhkan kematian?
Kita akan mendatangi doktor jika sakit. Namun, adakah doktor yang dapat menunda datangnya keputusan?
Nafas kita terbatas. Seluruh gerakan kita menuju titik fana. Kalau keputusan Allah adalah perkara yang tetap, bagaimana mungkin seseorang dapat berlari dan menghindar diri darinya? Siapapun yang hendak mencegah kematian dan menolak takdir, niscaya usahanya akan sia-sia.
Allah SWT berfirman, "(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata, ‘Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal yg soleh terhadap yg telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yg diucapkannya sahaja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan. " (QS Al Mu'minun : 99 - 100)
Mari berhenti sejenak. Bersama, kita cermati pemandangan yang dahsyat ini. Inilah saat yang mencengkam. Sejenak, tanyalah diri kita, hendak ke mana dan sampai bila?
Katakan kepada jiwa kita. "Tidakkah kau mengerti mereka yang telah disergah kematian adalah jiwa-jiwa seperti diri kamu juga. Seolah-olah mereka tidak mempercayai, bahwa ajal telah datang?
Begitulah, ketika maut datang menjemput, nampaklah pemandangan yg sebelumnya tidak mereka sangka. Bertaubatlah sebelum kita berkata, apakah ada cara untuk mencegahnya? " dan dikatakan kepada kita, "Tidak!" katakan pada diri kita,
Wahai jiwa, bertaubatlah. Sesungguhnya kematian telah datang. Setiap hari selalu ada mayat yg kita kuburkan. Tetapi kita melupakan jejak kematiannya.
Wahai jiwa, apa ertinya harta yang ku simpan di belakangku, padahal aku akan keluar dari dunia dengan telanjang.
Mengapa kita masih berselisih tentang kematian, melupakan sesuatu yg tidak pernah melupakan kita?
Katakan padanya, kematian adalah tetamu. Bersiaplah menyambutnya sebaik mungkin. Beramallah untuk bekalan di alam yang kau jadikan tempat tinggal abadi.
Wahai jiwa, esok kau akan berjalan di Titian Shirat (di atas neraka). Sedarlah sebelum kau tergelincir darinya.
Wahai pemilik kematian, inilah dunia. Seluruh kenikmatannya akan dirampas, seluruh angan-angannya hanyalah bualan dan semua harta yang ada di dalamnya akan diwarisi.
Semua yang hilang akan kembali, tetapi yang hilang kerana mati tidak akan kembali.
Mengapa kita tidak sedarkan diri, mengganggap seolah-olah kematian boleh dialihkan kepada orang lain yg menjadi perisai kita?
Akhirnya marilah kita amati perkara ghaib yg menakutkan ini. Mari ubati kerasnya hati kita. Berimanlah kepada hari Qiamat sebelum kedatangannya. Bersusah payahlah mempersiapkannya sebelum menyesal. Ingatlah kematian sebelum terlambat.
Rasulullah SAW memperingatkan kita dalam sebuah hadis : "Banyakkanlah mengingati perosak kenikmatan iaitu kematian." (HR At Tirmizi)
Ya Allah, janganlah kau jadikan hati kami keras dan lalai dari mengingati kematian kerana sesungguhnya ia adalah berita yg paling soheh untuk dipercayai kedatangannya serta kurniakanlah keteguhan iman di dalam hati kami supaya kami tidak mudah terpedaya dengan janji-janji kemewahan dunia yang sebenarnya tidak kekal dan akan musnah apabila berhadapan dengan kematian dan yang tinggal kekal hanyalah amal soleh yang ikhlas kepadaMu.
Ameen Ya Rabbal Alameen
Kredit: Tulisan Akhi WAS